• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Mangsa Culik Abu Sayyaf Reda

oleh
12/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Keluarga mangsa culik kumpulan pengganas Abu Sayyaf, Jari Abdullah, 34, reda dengan pemergian arwah yang meninggal dunia akibat terkena tembakan kumpulan pengganas itu di pulau Simusa, Selatan Filipina pada 4 April lepas.

“Kami memang sedih, tetapi apa boleh buat. Itulah ajalnya. Kami menerima dengan reda (pemergiannya),” kata ibu mangsa Zuana Laudiato, 54, ketika ditemui pemberita selepas jenazah tiba di sini hari ini.

Zuana, yang diiringi wakil Kementerian Luar ke Filipina sejak 5 April lepas, memberitahu, setibanya di pusat perubatan swasta di Zamboanga, Filipina di mana anaknya sedang bertarung nyawa dengan alat bantuan pernafasan, beliau membuat keputusan agar anaknya tidak lagi bergantung dengan alat bantuan itu.

“Arwah sudah tidak ada lagi. Hanya bergantung dengan oksigen. Memang kedatangan saya ke pusat perubatan untuk kebenaran buka alat bantuan pernafasan,” katanya.

Zuana berkata, keluarganya akan menjaga balu arwah Nadin Junianti Najiri, 25, yang merupakan rakyat Indonesia, termasuk menyekolahkan tiga anak arwah masing-masing berumur 1, 5, dan 7 tahun.

“Saya puas hati kerana saya dapat melihat jasad suami saya untuk kali terakhir,” kata Nadin Junianti.

Allahyarham Jari dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sim-Sim di sini kira-kira 9.30 pagi tadi selepas dimandikan dan disolatkan di Surau Alfurqan Kampung Sim-Sim di sini.
Turut hadir Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah Ariffin Asgali.

Ariffin berkata, kerajaan akan melihat keperluan keluarga mangsa dan akan menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga mangsa.

Jenazah tiba di Lapangan Terbang Sandakan kira-kira 7.50 pagi tadi dengan pesawat Malaysia Airlines.

Mangsa, seorang nelayan, diculik bersama dua lagi nelayan — Heri Ardiansyah, 19, dan Hariadin, 45, yang kedua-duanya rakyat Indonesia, di perairan Pegasus Reef, Kinabatangan pada 6 Disember lepas.

Pada 4 April lepas, Allahyarham Jari terkena tembakan anggota Abu Sayyaf semasa cuba melarikan diri selepas pertempuran antara kumpulan penjenayah rentas sempadan itu dengan tentera Filipina di Pulau Simusa, Sulu.

Pada keesokan harinya (5 April), dalam pertempuran antara tentera dan penculik Abu Sayyaf di laut, Hariadin dilaporkan meninggal dunia manakala Heri berjaya diselamatkan.

Tags: abu sayyafMangsa Culik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Aliran Tunai Meruncing, Ekonomi Negara Merudum

Next Post

SKMM Siasat Pihak Hina Yang Di-Pertuan Agong

Related Posts

Seorang Mangsa Culik Abu Sayyaf Terbunuh Di Sulu

30/09/2020
0

LAHAD DATU - Seorang nelayan warga Indonesia dikenali sebagai Laa Baa yang diculik bersama empat yang lain oleh kumpulan Abu...

Indonesia Gelar Malaysia ‘Tak Efektif’ Tangani Kes Culik Nelayan

21/01/2020
0

JAKARTA - Kerajaan Indonesia menggelarkan pihak berkuasa Malaysia “tidak efektif” susulan penculikan lima nelayan Indonesia minggu lepas di perairan luar...

Next Post

SKMM Siasat Pihak Hina Yang Di-Pertuan Agong

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd