• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SRC International: Mahkamah Tolak 3 Rayuan Najib

oleh
10/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi gagal dalam percubaannya untuk mendapatkan perintah sekatan bagi menghalang media dan orang ramai daripada membincangkan merit kesnya serta mendapatkan dokumen tambahan untuk menyediakan pembelaannya.

Bekas perdana menteri berusia 66 tahun itu juga gagal dalam rayuannya berhubung prosedur yang diambil oleh Peguam Negara untuk memindahkan kes beliau dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.

Panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum sebulat suara menolak ketiga-tiga rayuan itu.

Sementara itu, mahkamah turut menolak keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintah pendakwaan supaya mengemukakan surat pelantikan pendakwa ad hoc Sulaiman Abdullah kepada pihak pembelaan.

Ketika menyampaikan keputusan mahkamah berhubung rayuan Najib bagi mendapatkan dokumen tambahan, Hakim Tan Sri Idrus Harun, seorang daripada anggota panel hakim itu, berkata Parlimen telah meluluskan Seksyen 51 Kanun Tata Cara Jenayah (CPC) untuk mengawal apakah dokumen yang perlu dibekalkan kepada pembelaan sebelum perbicaraan dan perkara ini telah pun dipatuhi oleh pihak pendakwaan.

Beliau berkata, Najib tidak berhak untuk mendapatkan sebarang dokumen tambahan lagi pada peringkat ini, dan menambah, jika permohonan (Najib) itu dibenarkan, ia akan sama seperti menyerahkan keseluruhan kertas siasatan kepada beliau.

Hakim lain dalam panel berkenaan ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim; Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Seri David Wong Dak Wah dan tiga Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Ramly Ali, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat serta Datuk Nallini Pathmanathan.

Mahkamah Rayuan pada Mac tahun ini turut menolak tiga rayuan Najib.

Najib, berdepan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan kes beliau bermula pada 3 April dan pendakwaan telah memanggil seorang saksi untuk memberi keterangan pada hari berkenaan. Perbicaraan akan bersambung dari 15 April hingga 10 Mei.

Tags: Najib Tun RazakSRC International
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

05/05/2023
0

Kuala Lumpur : Suspek skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd dicekup di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala...

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

13/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Keputusan permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan rayuan akhirnya akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd