• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Minta Maaf Pada Rakyat” – Rosmah

oleh
10/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Saya maafkan tapi apa yang mustahak minta maaf pada rakyat.”

Itu reaksi Datin Seri Rosmah Mansor, 68, ketika ditanya oleh pemberita berhubung isu cincin merah jambu yang didakwa segelintir pihak dibeli olehnya sebelum ini.

Biarpun begitu, isteri bekas Perdana Menteri itu tetap gembira dan bersyukur dengan pendedahan tersebut dan memaafkan mereka yang datang bertemunya untuk memohon maaf.

Menurutnya, isu berhubung pembelian berlian merah jambu itu sengaja digunakan pihak tertentu sebagai modal kempen pilihan raya mereka.

“Mereka hendak gunakan isu itu sebagai bahan kempen pilihan raya, malangnya orang percaya kepada fitnah itu tapi kini alhamdulillah benda yang betul sudah keluar.

“Ini baru salah satu je, saya sabar, saya reda, saya faham suami saya merupakan seorang pemimpin negara dan apa yang dia alami, tempiasnya kena kepada saya kerana saya isterinya,” katanya ketika ditemui selepas prosiding pendakwaan kesnya di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Isnin lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah mengakui cincin merah jambu yang sebelum ini didakwa berharga kira-kira RM24 juta tidak dibeli oleh seorang isteri VVIP dan telah dibawa keluar dari negara ini oleh ejen jualannya.

Beliau berkata, ejen jualan berlian merah jambu dan barangan kemas itu telah mengisytiharkannya kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Katanya, syarikat itu juga membuat perisytiharan barang berkenaan dengan jabatan yang sama ketika meninggalkan negara ini. – UTUSAN ONLINE

Tags: Berlian merah jambucincinRosmah Mansor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bomba Bantu Potong 2 Cincin Tersangkut Pada Kemaluan Lelaki

Bomba Bantu Potong 2 Cincin Tersangkut Pada Kemaluan Lelaki

16/11/2024
0

Sungai Petani : Pasukan Bomba dipanggil untuk membantu memotong dua cincin yang tersangkut pada kemaluan seorang lelaki di Hospital Sultan...

Permohonan Rosmah Supaya Hakim Kes Saman Sivil AS$346 Juta Difailkan 1MDB Tarik Diri Ditolak

Permohonan Rosmah Supaya Hakim Kes Saman Sivil AS$346 Juta Difailkan 1MDB Tarik Diri Ditolak

09/09/2024
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datin Seri Rosmah Mansor supaya Hakim Adlin Abdul Majid menarik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd