• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Kaji Cadangan Kurangkan Kos HSR KL-SG

oleh
09/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia sedang mengkaji cadangan yang bertujuan mengurangkan kos projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan akan terus membincangkannya dengan Singapura sebelum tempoh penggantungan berakhir pada 31 Mei 2020.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keutamaan kerajaan ialah mengurangkan hutang negara dan memastikan projek yang berdaya maju dari segi ekonomi dapat menjana kadar pulangan yang boleh diterima.

“Terdapat manfaat ekonomi yang penting untuk meningkatkan jaringan pengangkutan awam antara kedua-dua negara.

“Bagaimanapun, projek itu perlu berdaya maju dan mampan,” katanya pada sidang media bersama dengan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong selepas Pemukiman Pemimpin Malaysia- Singapura Kesembilan, di sini hari ini.

Hsien Loong berkata, Singapura memahami Malaysia memerlukan masa untuk mengkaji semula kos dan sebarang pilihan alternatif, walaupun republik itu terus melihatnya sebagai projek yang baik.

“Kami berharap untuk menerima cadangan daripada Malaysia tidak lama lagi, sebagai usaha untuk bekerjasama dengan mereka dan mencari jalan yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara,” katanya.

Menyentuh mengenai projek Sistem Transit Laju (RTS) Link Johor Bahru-Singapura, Mahathir berkata, Malaysia masih mencari alternatif yang berpatutan dan mampan, manakala Singapura bersedia untuk mempertimbangkan penggantungan projek itu.

Berhubung isu ini, Hsien Loong berkata, Singapura memahami kedudukan Malaysia dan ia akan membangunkan perjanjian tambahan dengan segera.

Mengenai kesesakan lalu lintas di tambak yang menghubungkan Johor Bahru dengan Singapura, Hsien Loong memetik Mahathir sebagai berkata, RTS Link tidak akan menyelesaikan masalah penunggang motosikal yang ingin memasuki Singapura.

Beliau berkata, Mahathir turut menegaskan keperluan untuk meningkatkan kapasiti Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) di kedua-dua pihak disebabkan jumlah orang yang menyeberangi tambak semakin meningkat.

“Dengan itu, Singapura merancang untuk memperluaskan lagi CIQ kami,” katanya.

Semalam, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, Malaysia dan Singapura sedang berusaha ke arah merangka perjanjian tambahan baharu mengenai projek RTS Link itu.

Anthony berkata, projek tersebut yang digantung selama enam bulan akan melibatkan peguam negara dari kedua-dua negara untuk menggubal perjanjian itu.

Tags: Projek HSRSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd