• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bau Busuk Tiada Kaitan Kehilangan Acap – Bomba

oleh
08/04/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Bau busuk yang dikesan di kawasan Hutan Simpan Bukit Kinta dekat Gopeng hujung minggu lepas bukan milik manusia.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Perak, Mohamad Yunus Abu berkata maklumat mengenai bau busuk tersebut dan sekumpulan lalat diterima daripada Orang Asli tempatan pada Sabtu lepas.

Katanya, lima pegawai kanan dan lima anggota pangkat-pangkat lain bomba bersama tiga anggota polis telah naik ke kawasan bau busuk tersebut yang terletak pada ketinggian 400 meter semalam dan hari ini.

“Kita dah sampai ke kawasan tersebut tapi setakat ini negatif (mayat manusia), mungkin bangkai binatang kerana kita temui bulu dan lalat, tiada tulang atau kulit yang boleh kaitkan dengan manusia,” katanya ketika dihubungi.

Beliau mengulas mengenai tular di media sosial yang mengaitkan bau busuk tersebut dengan kehilangan Mohammad Ashraf Hassan, 29, atau Acap sejak 23 Mac lalu semasa menyertai Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019.

Dalam pada itu, Mohamad Yunus turut meminta pengamal perubatan tradisional atau pengamal perubatan Islam agar tidak membuat usaha mencari Mohammad Ashraf secara bersendirian.

Katanya, sejak kehilangan Mohammad Ashraf, banyak pihak yang mendakwa sebagai pengamal perubatan tradisional atau pengamal perubatan Islam datang ke Gopeng untuk mencari mangsa.

“Lebih elok jika duduk bersama, berbincang, kita bergabung kerana matlamat kita sama iaitu untuk mencari Mohammad Ashraf.

“Jangan buat usaha sendiri,” katanya sambil mempersoalkan adakah tindakan secara bersendirian itu kerana ganjaran atau nama.

Tags: Bombakes kehilangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd