• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Tak Perlu Sibuk Pasal UMNO – Tok Mat

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan beliau tidak pernah bercita-cita untuk menjadi Presiden UMNO.

Timbalan Presiden UMNO yang kini menjalankan tugas Presiden itu berkata, ketika ini fokus beliau hanyalah mencari strategi untuk memperkukuhkan parti.

“Saya tak pernah bercita cita nak jadi Presiden UMNO. Kalau saya nak, masa pemilihan UMNO saya dah bertanding dan mungkin saya boleh menang.

“Saya aktif semula dalam UMNO ini sebab nak bersama-sama memperkasakan parti. Dua perkara saya nak buat ialah kuatkan parti dan menyediakan parti untuk PRU15,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama BN di sini, hari ini.

Beliau menjawab kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meramalkan Mohamad tidak akan menjadi Presiden UMNO.

Mohamad berkata, Anwar tidak perlu sibuk dengan hal dalaman UMNO.

“Apa dia sibuk-sibuk pula saya tak jadi Presiden UMNO? Dia tak perlu sibuk pasal UMNO,” katanya.

Mengulas dakwaan Anwar bahawa ada pemimpin UMNO berjumpanya untuk ‘berunding’, Mohamad menganggapnya sebagai perkara biasa dalam politik.

“Itu biasalah dalam politik banyak katak lompat sana lompat sini, orang nak beli insurans siang-siang, nak buat macam mana. Saya tak hairan kalau Anwar kata ada orang UMNO nak jumpa dia.

“Nasib baik saya tak jumpa dia, kalau jumpa pun saya nak ajak minum teh tapi tak ada kesempatan. Kalau tidak, mesti dia kata saya jumpa dia sebab nak masuk PKR,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Anwar IbrahimMohamad HasanPKRUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) mendakwa sebanyak 43 surat telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd