• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Negeri Sangkal Hab STS Di Luar Perairan Johor

oleh
05/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri sangkal dakwaan Pengerusi KA Petra Sdn. Bhd. yang mengatakan hab pemindahan kapal ke kapal (STS) terbesar di dunia di negeri ini di luar perairan Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan Antarabangsa dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse berkata, kenyataan itu disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab daripada individu yang kurang pengetahuan tentang akta undang-undang mengenai isu berkenaan.

“Sebagai bekas pengamal undang-undang, saya mendapati kenyataan ini adalah tidak bertanggungjawab daripada seseorang yang kurang berpengetahuan tentang latar belakang undang-undang mengenai perkara ini.

“Mengikut Seksyen 3(1) Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) secara dasarnya menyokong definisi laut wilayah seperti ditakrifkan Undang-Undang Laut 1982 iaitu pada 12 batu nautika sementara Seksyen 3(3) akta yang sama menjelaskan had bidang kuasa negeri pada tiga batu nautika,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, masalahnya Perkara 2 Perlembagaan Persekutuan menetapkan Parlimen boleh melalui undang-undang mengubah sempadan mana-mana negeri.

Wee Tse berkata, apa yang diketahuinya, tiada gerakan atau enakmen seperti itu diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, selain mendapat perkenan daripada Sultan Johor.

“Oleh itu, adalah satu pencabulan Perlembagaan Persekutuan melainkan sehingga negeri meluluskannya di bawah mekanisme undang-undang sedia ada.

“Ini bukan isu baharu, memandangkan sebelum ini Sabah, Sarawak dan Kelantan juga mencabar bahagian dalam Akta Laut Wilayah ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: DUN JohorHab STSperairan Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belanjawan Johor 2023 RM1.731 Bilion Dilulus

Belanjawan Johor 2023 RM1.731 Bilion Dilulus

11/12/2022
0

ISKANDAR PUTERI – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini meluluskan Belanjawan Johor 2023 berjumlah RM1.731 bilion. Ikuti Mynewshub: Telegram Speaker...

DUN Johor Perhalusi Enakmen Anti Lompat Parti

21/04/2022
0

JOHOR BAHRU - Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor akan memberi perhatian dan memperhalusi Enakmen Anti Lompat Parti. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd