• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penipuan TELCO – Surat Terbuka Kepada YB Khairy Jamaludin

oleh AK-47
04/03/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Assalamualaikum YB.

Semoga YB di dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Sebagai Ahli Parlimen Rembau, saya mewakili seluruh penduduk Rembau ingin memohon jasa baik YB agar perkara ini dapat dipanjangkan ke pihak yang sepatutnya dan mendapat perhatian.

Masalah yang timbul sekarang adalah kami sebagai pengguna perkhidmatan berbayar merasa tertekan dengan mutu dan kualiti penyedia perkhidmatan.

Ini termasuk Celcom, Maxis, Digi dan sebagainya.

Buat masa ini, Maxis yang paling mengecewakan.

Pelbagai laporan telah dibuat kepada pihak telco dan juga SKMM dari tahun 2014 tapi apa yang mengecewakan, tiada tindakan yang dibuat dan kami masih dihimpit masalah yang sama.

Ini sahaja jalan terakhir yang dapat kami fikirkan buat masa sekarang.

Suara kami mengadu kepada pihak telco seolah-olah mencurahkan air di daun keladi. Kami percaya bukan sahaja di kawasan Rembau yang bermasalah, malah di semua negeri di Malaysia.

Buktinya boleh sahaja dilihat di laman Facebook penyedia perkhidmatan. Banyak komen negatif dari positif.

Kami hanya dapat menikmati sambungan internet yang stabil pada pukul 1 pagi sehingga ke 8 pagi di mana pada masa itu kebanyakan pengguna sudah melelapkan mata.

Jikalau selepas pukul 5 petang, memang tak akan dapat untuk menggunakan internet kerana terlalu perlahan dan selalu terputus sambungan.

Bagaimanakah Malaysia mahu mencapai status negara maju sekiranya rakyatnya masih lagi terbeban dengan masalah kualiti penyedia perkhidmatan dan caj internet yang melampau.

Jadi saya berharap perkara ini akan mendapat perhatian pihak sewajarnya dan tindakan segera akan diambil untuk menyelesaikan perkara yang bertahun-tahun menghantui kami.

Jika keadaan masih sama, maka pada bajet kerajaan yang akan datang, tak perlulah kerajaan membelanjakan dana untuk menaiktaraf jalur lebar negara ini kerana tak nampak apa-apa perubahan pada penyedia perkhidmatan selain caj yang terus meningkat dan kualiti yang semakin menurun.

Sekian Terima Kasih.
Pengguna Kecewa

(Surat ini dihantar salah seorang pembaca Mynewshub yang enggan identiti dirinya terdedah. Surat ini lanjutan daripada perjuangan dan usaha Mynewshub agar mutu perkhidmatan yang ditawarkan oleh semua syarikat telekomunikasi (Telco) benar-benar bermutu dan harganya berpatutan. Pada masa kini Telco Malaysia banyak menipu dari segi harga dan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan lemah. Untuk apa ada Kementerian berkaitan pengguna dan komunikasi apa semua jika nasib jutaan pengguna telefon bimbit adalah dalam penipuan sepanjang masa. Anda boleh memainkan peranan dalam membuat perubahan ini dengan share bahan-bahan kami berkaitan kelemahan Telco kita – TERIMA KASIH)

Tags: Telco
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Telco Boleh Tawar Harga Pakej Lebih Rendah

Telco Boleh Tawar Harga Pakej Lebih Rendah

05/02/2023
0

Kuala Lumpur : Kadar harga Pakej Internet Perpaduan yang diumumkan kerajaan hanyalah garis asas bagi syarikat telekomunikasi dalam menyediakan perkhidmatan...

Enam Telco Setuju Laksana 5G Di Malaysia

Enam Telco Setuju Laksana 5G Di Malaysia

30/06/2022
0

PUTRAJAYA : Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan enam syarikat telekomunikasi (telco) akan mengambil kepentingan ekuiti dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd