• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guan Eng Mohon Perbelanjaan Tambahan RM19.6 Bilion

oleh
02/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan menerusi Kementerian Kewangan memohon perbelanjaan tambahan kira-kira RM19.6 bilion bagi perbelanjaan pengurusan dan pembangunan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2018) 2019 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2018 telah dilakukan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Daripada jumlah RM19.6 bilion itu, sebanyak RM15.49 bilion adalah untuk perbelanjaan pembangunan manakala RM4.13 bilion bagi perbelanjaan mengurus.

Kata Guan Eng, tambahan perbelanjaan itu tidak menjejaskan defisit fiskal atau lebihan perbelanjaan kerajaan yang telah ditetapkan pada paras 3.7 peratus.

Dalam ucapannya, Menteri Kewangan itu turut menjelaskasn beberapa sebab mengapa perbelanjaan tambahan itu perlu dilakukan termasuk disebabkan beberapa tindakan kerajaan terdahulu termasuk berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Selain itu, bayaran khidmat hutang off-balance sheet juga memerlukan peruntukan tambahan sebanyak RM4 bilion. Ada pihak yang mendakwa kerajaan sekarang berbelanja lebih daripada kerajaan terdahulu dan menanggung defisit yang lebih tinggi.

“Hakikatnya, defisit belanjawan yang dicapai pada tahun-tahun sebelum ini tidak menggambarkan defisit sebenar.

“Sebahagian daripada perbelanjaan kerajaan terdahulu disembunyikan melalui perbelanjaan yang dibiayai secara pinjaman off-balance sheet. Pinjaman tersebut tiada sumber untuk dibayar balik selain daripada kerajaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: belanjawanLim Guan Engpakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Memang Terkejut Baca Manifesto PH, Janji  Bulan Dan Bintang Lagi

Memang Terkejut Baca Manifesto PH, Janji Bulan Dan Bintang Lagi

03/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Memang terkejut membaca manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kerana masih mengulangi janji...

“Sudah-Sudahlah Terkena Manifesto PH”

“Sudah-Sudahlah Terkena Manifesto PH”

03/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin menyeru Bangsa Johor tidak terpedaya dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) yang sememangnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd