• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Tunjuk Bukti Parkir Di Shah Alam Naik 50%

oleh
02/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Bekas perdana menteri, Najib Razak menunjukkan bukti bahawa caj parkir di Shah Alam naik 50 peratus bermula semalam.

Menerusi kiriman Facebook, beliau berkata ada pihak menuduhnya sebagai penipu kerana mendakwa caj parkir Shah Alam naik mulai Isnin.

“Oleh itu, saya cari bukti. Tahun lepas, 1 buku dengan 15 kupon parkir dijual pada harga RM6, iaitu 40sen sehelai.

“Bermula semalam, satu buku dengan 11 kupon dinaikkan harga kepada RM7.

“Harga 1 kupon kini ialah 64 sen, iaitu 60 sen campur SST (cukai jualan dan perkhidmatan) 6%,” tulisnya dengan menyertakan notis kenaikan kadar caj tempat kereta Majlis Bandaraya Shah Alam.

Jumaat lalu, Najib mendakwa caj parkir di Shah Alam naik berikutan keputusan pihak berkuasa tempatan menyerahkan semua 70,000 lot parkirnya untuk diuruskan sebuah syarikat swasta minggu lalu.

Terdahulu, Bandaraya Shah Alam mengumumkan caj meletak kereta di kawasan PBT itu akan dinaikkan daripada 40 sen kepada 60 sen mulai 1 April ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad dilaporkan berkata, caj parkir bulanan pula naik daripada RM60 kepada RM90.

Beliau memberi alasan kenaikan 20 sen itu adalah wajar kerana kadar lama diguna pakai sejak 1998 dan kadar baru itu masih terendah berbanding PBT lain di Selangor dan seluruh negara. – FMT

Tags: caj parkirMBSANajib Tun RazakShah Alam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen Shah Alam Kecewa Usul Had Tempoh PM Gagal – ‘Kurang Selera Berbuka Puasa’

Ahli Parlimen Shah Alam Kecewa Usul Had Tempoh PM Gagal – ‘Kurang Selera Berbuka Puasa’

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Shah Alam melahirkan rasa sangat kecewa selepas usul bagi menghadkan tempoh jawatan Perdana...

Bunyi Seakan Letupan Di Shah Alam, MBSA Diminta Cari Punca – Exco

Bunyi Seakan Letupan Di Shah Alam, MBSA Diminta Cari Punca – Exco

23/05/2025
0

Shah Alam: Kerajaan negeri memandang serius isu bunyi seakan letupan di sekitar Shah Alam yang masih menjadi tanda tanya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd