• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ashraf Mungkin Kekejangan, Diserang Haiwan Berbisa

oleh
01/04/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GOPENG – Dua laluan yang memungkinkan mangsa tersasar jauh daripada trek atau diserang haiwan berbisa akan dijadikan tumpuan operasi pencarian Mohammad Ashraf Hassan, 29, melibatkan Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (Storm), hari ini.

Pasukan mencari dan menyelamat disertai 30 anggota Storm dari Perak, Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan itu akan tertumpu di dua lokasi iaitu di check point 6 melibatkan kawasan kampung dan check point 10 di laluan Gua Kandu.

Komander Storm Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Ismail Abdul Ghani berkata, berdasarkan tinjauan dan temu bual dilakukan dengan penganjur, peserta larian dan penduduk, pihaknya memperolehi petunjuk samar bahawa mangsa berkemungkinan boleh ditemui di dua kawasan terbabit.

Menurutnya, ketika berada di kawasan bermulanya Gua Kandu, ada saksi mengatakan mangsa berjalan bersamanya sejauh hampir 4km dan mangsa sempat minum di check point 10 sebelum meneruskan larian.

“Malangnya mangsa tidak sampai ke garisan penamat, jadi kita mengesyaki kemungkinan mangsa keluar dari trek laluannya sama ada untuk buang air atau terdapat perkara-perkara lain yang menarik perhatiannya (meninggalkan trek).

“Ada kemungkinan juga mangsa mengalami kekejangan otot atau diserang binatang berbisa memandangkan kawasan berhampiran Gua Kandu itu adalah kawasan berpaya yang menjadi tempat haiwan berbisa,” katanya pada sidang media di Pos Kawalan Bomba di Kampung Pintu Padang, hari ini.

Beliau berkata, meskipun petunjuk diperolehi masih samar-samar dan tidak boleh dijadikan bukti kukuh, namun ia dapat membantu fokus pasukan penyelamat mengesan jejak.

Katanya, dengan kepakaran dan pengalaman dimiliki anggota Storm, kedudukan bentuk muka bumi di situ bukanlah satu masalah kepada mereka, hanya keluasan laluan dengan petunjuk yang kabur dan pelbagai sedikit menyulitkan operasi kali ini.

“Kita tetap teruskan pencarian hingga menampakkan hasil positif, hasrat kita adalah sehingga mangsa dijumpai dan saya percaya, mangsa sendiri mempunyai kebolehan hidup yang tinggi memandangkan dia punya pengalaman tinggi dalam aktiviti seperti ini,” katanya. – Sinar Harian

Tags: ashraf hassankes hilangStorm
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

3 Pekerja Resort Di Pulau Tenggol Dikhuatiri Hilang Di Laut

01/08/2019
0

DUNGUN - Tiga pekerja sebuah resort di Pulau Tenggol dekat sini dikhuatiri hilang selepas bot yang mereka naiki gagal tiba...

Menteri Digesa Teruskan Pencarian Wira ATM

29/07/2019
0

1. Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan kehilangan dua orang anggota tentera yang sedang melakukan latihan ketenteraan, Koperal David Edmund Rapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd