• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Tunggu Kerjasama Dengan MCA – Abdul Hadi

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – PAS tidak menolak kemungkinan hubungan kerjasama yang terjalin dengan parti UMNO dan MIC bakal diteruskan dengan satu lagi parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dalam suasana Islam yang menerima masyarakat majmuk, PAS tidak boleh jumud atau beku sebaliknya, perlu mengambil pendekatan politik yang fleksibel demi kepentingan bersama.

“Kita tunggu (kerjasama dengan MCA), PAS mempunyai pengalaman yang banyak dan panjang bukan sahaja pernah dengan MIC tetapi dengan UMNO, DAP, PKR dan Parti Negara.

“Dalam hukum Islam kita boleh melibatkan bukan Islam dalam pentadbiran negara, saya pernah sebut tentang kerajaan teknokrat yang tak berkait hukum agama, tetapi memfokuskan isu seperti jalan raya, elektrik dan pertanian,” katanya.

Katanya ketika diminta mengulas mengenai kerjasama antara PAS dan MIC yang bermula secara rasmi semalam susulan mesyuarat hampir dua jam barisan kepimpinan tertinggi kedua-dua parti di Ibu Pejabat MIC di Kuala Lumpur.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bangunan Maahad Tahfiz Asy-Syatibi di Kampung Alur Lit, Bukit Payong dekat sini petang ini.

Menurut Abdul Hadi, kerjasama dengan MIC dicapai hasil kejayaan sayap parti, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dalam mendekati kalangan bukan Islam, terutama selepas mereka memahami bahawa pemerintahan Islam terutama di Terengganu dan Kelantan sama sekali tidak menganiaya kaum lain.

Bahkan, katanya, kerjasama itu telah mula dibincangkan sejak lima bulan lalu yang sekali gus akan memperkukuhkan lagi sokongan bukan Islam khususnya kaum India terhadap PAS.

“Kerjasama dengan MIC ini lebih bersifat perkenalan dengan lebih dekat, penjelasan kita mendapat respon yang baik dan mereka faham hak beragama itu dijamin oleh Islam dan Perlembagaan.

“MIC masih bertahan kerana ada akar umbi kuat berbanding parti lain yang hanya bergerak atas isu-isu tertentu dan apabila isu itu mati, lemahlah (parti itu),” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Barisan NasionalMCAPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan membincangkan kemungkinan PAS menggunakan lambang dacing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusinya,...

PAS Disaran Guna Lambang BN Dalam PRN Melaka

PAS Disaran Guna Lambang BN Dalam PRN Melaka

25/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hassan menyarankan PAS menggunakan lambang Barisan Nasional (BN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd