• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fenomena ‘Bossku’ Terus Menular Di Kelantan

oleh
29/03/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Fenomena ‘Bossku’ terus menular negeri ini apabila rakyat pelbagai latar belakang menyambut mesra kedatangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Najib yang tiba di negeri ini pada pukul 9 pagi bersarapan bersama orang ramai di sebuah Cafe di Langgar dekat sini.

Baca: Najib Luang Masa Sarapan Bersama Rakyat Kota Bharu

Selepas itu, beliau diserbu oleh orang ramai untuk berswafoto ketika melakukan tinjauan mesra di Pasar Siti Khadijah dekat sini.

Fenomena itu amat berbeza berbanding sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 malah Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan turut bersama dengan Ahli Parlimen Pekan itu menunaikan solat Jumaat di Masjid Muhammadi.

Takiyuddin turut hadir pada Majlis Santai Makan Tengah Hari Bersama Bossku di Pejabat UMNO negeri.

Yang turut serta, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yakub dan Pengerusi MCA negeri, Chua Hock Kuan.

Ketika berucap dalam majlis makan tengah hari tersebut, Najib berkata, beliau tidak kecewa kerana tidak mendapat undi di negeri ini pada Pilihan Raya Umim ke-14 walaupun telah memberikan peruntukan yang banyak kepada Kelantan.

“Saya datang ke Kelantan disambut oleh orang UMNO dan PAS. Hari ini, Setiausaha Agung PAS juga datang ke pejabat UMNO Kelantan.

“Waktu dulu semasa saya menjadi Perdana Menteri walaupun PAS memerintah Kelantan saya tambah peruntukan untuk Kelantan. Saya tak percaya saya patut mendera rakyat kelantan kerana dia sokong PAS.

“Saya beri peruntukan untuk bela rakyat Kelantan dan biarlah kalau saya tidak dapat undi saya dapat saham akhirat,” katanya.

Beliau kemudiannya menyertai majlis santai bersama nelayan dan penduduk serta perasmian Boksing Pantai Timur di Pantai Irama, Bachok pada pukul 9 malam ini. – UTUSAN ONLINE

Tags: Barisan NasionalKelantanNajib Tun RazakPASUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa doktrin panyatuan ummah ibarat candu untuk membuatkan orang Melayu...

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) meminta skop Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak terhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd