• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Beku Akaun Bapa Bukti Bakal Dianiaya – Jho Low

oleh
29/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan kontroversi yang kini diburu oleh pihak berkuasa Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low mendakwa dirinya tidak akan mendapat keadilan sekiranya dibicarakan di Malaysia.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pasukan peguamnya, tindakan pihak berkuasa Malaysia membekukan akaun bank milik bapanya, Larry Low Hock Peng yang bernilai RM48 juta adalah petunjuk bahawa dirinya tidak akan mendapat keadilan yang sewajarnya.

“Ini adalah satu lagi contoh perbicaraan media oleh rejim Mahathir dan selanjutnya membuktikan tidak mungkin untuk (saya) mendapat perbicaraan yang adil di Malaysia,” katanya yang kini dipercayai berada di China.

Kelmarin, kerajaan memfailkan tindakan perlucutan hak sivil untuk membekukan tujuh akaun bank milik Larry Low di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Anti-Keganasan dan Perolehan Akta Kegiatan Undang-undang 2001 yang itu dipercayai daripada 1MDB.

Menurut Jho Low, tindakan tersebut disifatkan sebagai strategi untuk melakukan gangguan dan penganiayaan politik terhadap pihak lawan oleh pentadbiran Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad dengan apa jua cara yang diperlukan.

“Sekali lagi, rejim Mahathir mengabaikan kedaulatan undang-undang dan jelas menyalahgunakan kuasa, berusaha untuk mengeksploitasi pejabat peguam negara dan pasukan polis untuk menyerang pihak lawan dan melakukan kerja-kerja peribadi rejim Mahathir,” katanya.

Pada 23 Mac lalu, pihak polis merampas telah menyita rumah mewah milik keluarga Jho Low di Pulau Pinang. – Sinar Harian

Tags: 1MDBJho Lowpakatan harapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan lebih rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran kerajaan negeri itu....

BN Negeri Sembilan Sangkal Dakwaan ‘Tebuk Atap’, Tegaskan Pendirian 14 ADUN Adalah Sah

BN Negeri Sembilan Sangkal Dakwaan ‘Tebuk Atap’, Tegaskan Pendirian 14 ADUN Adalah Sah

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menepis dakwaan Pakatan Harapan (PH) bahawa tindakan menarik sokongan terhadap Menteri Besar,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd