• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Maut, 4 Parah Kemalangan Di Gerik

oleh
29/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GERIK – Seorang lelaki maut manakala empat lagi termasuk tiga anaknya parah selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 31.8, Jalan Kuala Kangsar-Gerik di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 5 petang itu, mangsa, Samsudin Sanak @ Shoip, 51, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Tiga lagi anak mangsa berusia antara 13 hingga 22 tahun yang menaiki kereta jenis Nissan Almera bersamanya turut parah manakala seorang lagi yang dilaporkan parah ialah seorang kanak-kanak yang menaiki van jenis Toyota Hiace berusia 12 tahun.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa berkata, siasatan awal mendapati kereta dinaiki empat beranak dan van tersebut sedang dalam perjalanan dari Gerik menghala ke Kuala Kangsar.

“Tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai membuat pusingan U untuk berpatah ke Gerik menyebabkan van yang berada di laluan sama tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian kanan kereta berkenaan.

“Akibat rempuhan tersebut, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Tambah Ismail, tiga anaknya turut mengalami kecederaan parah dengan dua daripadanya dibawa ke Hospital Taiping dan seorang lagi dihantar ke Hospital Kuala Kangsar.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Gerik untuk proses bedah siasat.

“Salah seorang daripada 13 penumpang van tersebut yang merupakan warga Thailand turut parah namun dia mahu mendapatkan rawatan di negara asalnya,” katanya.

Katanya, pemandu van dan 12 penumpang lain pula tidak mengalami kecederaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – K! ONLINE

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd