• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Lelaki Ditahan Di Taiping Kerana Terlibat Dengan Perjudian

oleh Ahmad Albab
24/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Polis menahan 10 lelaki disyaki terlibat dengan kegiatan perjudian dalam dua serbuan menjelang sambutan Tahun Baharu Cina, minggu lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping Supt Ismail Che Isa berkata serbuan yang dilakukan sempena Ops Limau membabitkan sepasukan pegawai serta anggota polis Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) dan cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping.

“Dalam serbuan pertama pada 18 Feb lepas di Taman Pertama, Aulong, polis menahan enam lelaki berusia lingkungan 40-an dan seorang lelaki berusia 50-an,yang merupakan penjaga premis berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas sebelas unit komputer riba serta beberapa peralatan perjudian dan wang tunai sebanyak RM750.

“Serbuan kedua pula dilakukan di Taman Bukit Mas, Kamunting. Tiga lelaki yang ditahan berusia lingkungan 30 hingga 50-an dan polis turut merampas lima buah komputer,” katanya.

Ismail berkata rampasan itu dianggar bernilai RM20,000 termasuk wang tunai.

Beliau berkata kesemua suspek ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan jika sabit kesalahan, pemilik premis berdepan denda maksimum RM10,000 bagi setiap mesin judi atau penjara lima tahun, atau kedua-duanya.

Katanya kesemua individu yang ditahan juga disyaki terlibat menjalankan aktiviti perjudian tanpa lesen mengikut Seksyen 11(3) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Perak 1997 dan jika sabit kesalahan, boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara tiga tahun, atau kedua-duanya.

“Kami memandang serius kegiatan mesin judi berkomputer dan tidak akan bertolak ansur serta mengambil tindakan keras sekiranya mana-mana pihak cuba melanggar dan tidak mematuhi undang-undang,” katanya. – BERNAMA

Tags: JUDI
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Kumpulan Lelaki Berjudi Tular, Jumlah Atas Meja Tak Beringat

Video Kumpulan Lelaki Berjudi Tular, Jumlah Atas Meja Tak Beringat

22/12/2025
0

KOTA KINABALU: Satu rakaman video memaparkan sekumpulan lelaki sedang mengira sejumlah besar wang tunai ketika dipercayai berjudi tular di media...

Judi Di Bengkel Kononnya Nak Cari Duit Beli Baju Raya, 14 Lelaki Ditahan

Judi Di Bengkel Kononnya Nak Cari Duit Beli Baju Raya, 14 Lelaki Ditahan

29/03/2025
0

GEORGETOWN: Sekumpulan 14 lelaki yang sedang asyik berjudi ditahan dalam serbuan di sebuah bengkel kereta di Jalan Sungai Pinang, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd