• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Dalam Tangki Air: Polis Jumpa Motosikal Aiman

oleh
28/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

POLIS menemui motosikal dipercayai milik penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Raub yang hilang sejak lapan bulan lalu, di ladang kelapa sawit iaitu berhampiran lokasi penemuan mayat dalam tangki air di FELDA Palong 12 di Jempol, semalam.

Motosikal berkenaan ditemui ditinggalkan di kawasan ladang berkenaan yang terletak kira-kira dua hingga tiga kilometer dari tangki air milik Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) itu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, motosikal jenis Modenas MR1 itu ditemui penduduk sebelum memaklumkan kepada polis kira-kira 10 pagi.

Beliau berkata, berdasarkan semakan awal mendapati motosikal berkenaan dipercayai milik Muhammad Aiman Hakim Mat Ani, 21, yang dilaporkan hilang pada Julai tahun lalu.

“Polis sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai penemuan itu. Masih terlalu awal untuk mengaitkan penemuan motosikal itu dengan mayat yang ditemui dalam tangki air.

“Kita perlu menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sebelum siasatan lanjut mengenai kes itu boleh dijalankan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Muhd Nur Hishamuddin berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan daripada pelbagai sudut selepas keputusan DNA diperoleh kelak.

Katanya, buat masa ini kes masih diklasifikasi sebagai mati mengejut dan meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi.

Harian Metro semalam melaporkan, abang mangsa yang mahu dikenali Afiq, 24, yakin mayat yang ditemui dalam tangki air di FELDA Palong 12 pada Isnin lalu, adalah adiknya berdasarkan pakaian pada mayat lelaki itu.

Penuntut tahun akhir Fakulti Sains Komputer dan Matematik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Raub, Pahang hilang sejak 9 Julai tahun lalu.

Muhammad Aiman keluar dari rumah di Jalan Keratong Indah 16, Desa Keratong Indah, Bandar Tun Razak, Pahang dengan menunggang motosikal Modenas MR1, nombor pendaftaran JRT 916 berseorangan. – myMetro Online

Tags: mayat tangki airMuhammad Aiman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd