• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Perakam Video Cuba Lakukan Provokasi” – Norhizam

oleh
28/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SATU rakaman video ‘pergaduhan’ membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee dengan seorang pengayuh beca tular dalam laman sosial malam ini.

Video berdurasi 1 minit 35 saat itu dikatakan berlaku di hadapan Menara Taming Sari di Banda Hilir di sini ketika Norhizam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani negeri melawat kawasan tersebut.

Sewaktu berbincang dengan beberapa peniaga di kawasan itu, berlaku ‘pergaduhan’ antara Norhizam dengan perakam video tersebut sebelum wakil rakyat itu terpaksa ditenteramkan oleh orang ramai.

Baca: Norhizam ‘Bergaduh’ Dengan Pengayuh Beca Pula

Norhizam dalam satu kenyataan malam ini menjelaskan beliau pergi ke Menara Taming Sari pada pukul 7.10 malam tadi kerana dijemput seorang wakil peniaga untuk membincangkan permasalahan di kawasan itu.

“Sewaktu berbincang, saya memaklumkan untuk mengadakan kursus kepada pengayuh beca supaya mereka boleh memberi imej yang terbaik kepada mutu pelancongan negeri tetapi seorang daripada mereka yang merakamkan video itu cuba melakukan provokasi terhadap saya.

“Saya percaya individu itu sengaja berbuat demikian kerana rakaman tersebut cuba memaparkan seolah-olah saya memandang rendah para pengayuh beca di negeri ini sedangkan saya datang ke situ untuk mendengar dan menyelesaikan masalah di kawasan itu,” katanya dalam kenyataan tersebut malam ini.

Berikutan kejadian itu, Norhizam membuat laporan di Balai Polis Banda Hilir di sini malam ini supaya penularan rakaman video tersebut tidak menjejaskan imej kerajaan negeri dan kempen Tahun Melawat Melaka 2019. – Malaysia Sentral

Tags: ADUN DAPNorhizam Hassan Bakteepengayuh beca
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Naik Angin, Label Pemuda DAP ‘Bebal’, Cabar Letak Jawatan Kerajaan Negeri

Akmal Naik Angin, Label Pemuda DAP ‘Bebal’, Cabar Letak Jawatan Kerajaan Negeri

28/02/2026
0

Oleh Mynewshub MELAKA – Ketua Pemuda UMNO Melaka, Dr. Muhamad Akmal Saleh menyelar keras kenyataan pimpinan Pemuda DAP (Dapsy) yang...

Dua ADUN DAP, Bekas Senator Umum Keluar Parti

21/01/2022
0

KOTA KINABALU : Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seorang bekas senator mewakili DAP Sabah mengumumkan keluar parti malam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd