• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Apa Agenda PH Ratifikasi Statut Rom?

oleh
28/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil sangsi dengan komitmen serta agenda kerajaan Pakatan Harapan (PH) meratifikasi Statut Rom.

Menurut Isham dalam hantaran di Facebooknya, Statut Rom ternyata adalah satu perjanjian antarabangsa yang kritikal dan berlainan berbanding perjanjian-perjanjian lain, dan ia memberi implikasi negatif kepada kedaulatan negara.

“Sebab itu banyak negara-negara seperti Amerika Syarikat, Russia, China, Singapura dan Brunei tidak menandatangani atau meratifikasinya.

“Buat apa kita pula ingin menjerut diri kita sendiri?

“Saya ingin bertanya, apa agenda sebenar Menteri PH dan Kerajaan PH untuk menandatangani Statut Rom ini?” soalnya.

Bidas Isham lagi, walaupun terdapat beberapa perjanjian antarabangsa tanpa melalui Parlimen sebelum ini, ia tidak bermakna perjanjian seterusnya juga boleh melalui proses yang sama.

“Kepada Menteri Luar PH, walaupun terdapat seratus waima seribu pun perjanjian antarabangsa yang telah ditandatangani tanpa dibawa ke Parlimen sebelum ini, ia tidak bermakna itu menjadi sebab (precedence) yang membolehkan perjanjian-perjanjian seterusnya ditandatangani tanpa dibawa ke Parlimen atau tanpa persetujuan Yang Dipertuan Agong.

“Ini kerana setiap perjanjian itu adalah berlainan dengan terma-terma dan kesan-kesan dan implikasi yang berlainan,” tambahnya lagi.

Dalam isu yang sama juga, Isham menempelak Menteri Luar, Datuk Saifudddin Abdullah yang berhujah seperti kebudak-budakan.

“Hujah Menteri Saifuddin ini seakan-akan hujah budak-budak yang sebegini; “Sebelum ini sudah berpuluh kali saya janji dengan jiran saya untuk tolong mereka gotong-royong tanpa maklumkan ibu dan ayah saya.

“Oleh itu kali ini apabila saya janji kepada jiran saya pula untuk beri kunci rumah dan benarkan mereka masuk pada bila-bila masa mereka suka pun saya rasa tak perlulah saya maklumkan ibu dah ayah saya juga,” kata Saifuddin yang dipetik Isham yang disifatkan sebagai amat lemah, kurang bijak dan terdesak.

Semalam Ahli-ahli Parlimen pembangkang bersuara dalam Parlimen menyoal tindakan kerajaan PH menandatangani ke arah meratifikasi Statut Rom.

Ahli Parlimen Kepala Batas dan juga bekas Timbalan Menteri Luar Negeri kerajaan Barisan Nasional, Datuk Seri Reezal Merican mengatakan bahawa langkah Kerajaan PH untuk meratifikasikan Statut Rom adalah melanggar Perlembagaan dan perlu mendapat persetujuan Yang Dipertuan Agong serta perlu dibawa ke Parlimen untuk dibahaskan.

Manakala hujah daripada Saifuddin adalah berbunyi; “Sebelum ini lebih 100 perjanjian antarabangsa telah ditandatangani tanpa dibawa ke Parlimen (oleh itu perjanjian Statut Rom ini pun tidak perlu dibawa ke Parlimen).” – MediaUMNO

Tags: Isham Jalilpakatan harapanStatut Rom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Nafi Calon MB Pakatan Harapan Johor

Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Nafi Calon MB Pakatan Harapan Johor

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Maszlee Malik menafikan beliau merupakan calon Menteri Besar Johor...

PH Saran Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya Johor

PH Saran Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya Johor

13/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor membantah penambahan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan, sebaliknya mencadangkan Suruhanjaya Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd