• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

9 Tahun, Guan Eng Jual Harta Rakyat P.Pinang RM35 Bilion

oleh
28/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBENARNYA, Menteri Kewayangan kita pernah mengaku bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah dia telah menjual tanah dan aset negeri yang bernilai sebanyak RM35 bilion.

Pada masa itu, dia terdesak kerana sebuah NGO telah dedahkan bahawa tanah kerajaan telah senyap-senyap dijual secara rundingan terus, tanpa tender dan tanpa diumumkan kepada satu syarikat swasta dengan harga RM156 juta.

Ramai yang berpendapat pada masa itu bahawa harga jualan RM560 satu kaki persegi untuk tanah Peel Avenue itu adalah jauh di bawah harga pasaran di antara RM1,000 hingga RM1,500 satu kaki persegi untuk tanah-tanah berhampiran.

Sekian lama, dia sering menafikan bahawa Dap telah banyak jual aset negeri.

Guan Eng denies his administration sold, traded away RM37 billion worth of assets since 2008
https://www.nst.com.my/…/guan-eng-denies-his-administration…

TETAPI, oleh kerana telah terkantoi, Menteri Kewayangan terpaksa pertahankan diri dengan memberi alasan bahawa jualan tanah secara rundingan terus itu hanyalah 1% dari jumlah jualan aset dan tanah kerajaan negeri sebanyak RM35 bilion sejak DAP mengambil alih Pulau Pinang.

Bayangkan bahawa DAP boleh jual sebanyak RM35 bilion harta rakyat untuk sebuah negeri yang hanya ada 1.7 juta penduduk dalam tempoh 9 tahun sahaja – iaitu RM20,600 untuk setiap penduduk di negeri itu.

Wang RM35 bilion itulah yang digunakan untuk membayar projek-projek tidak masuk akal seperti RM305 juta untuk kertas laporan terowong dan lebuhraya PIL berharga RM7.5 bilion untuk 19.5km – iaitu lebuhraya paling mahal dalam sejarah Malaysia pada harga RM380 juta satu km.

Selama 9 tahun juga, belum nampak lagi satu aset baru yang dibina oleh mereka yang telah membawa sebarang keuntungan besar kepada negeri.

Selepas mengaku jual aset RM35 bilion, Menteri Kewayangan pula memuji diri sendiri bahawa kewangan kerajaan Pulau Pinang dijaga dengan baik dengan memberi bukti bahawa rizab negeri sudah naik dari RM900 juta sebelum tahun 2008 di bawah BN kepada RM1.8 bilion.

Ramai di Pulau Pinang telah tertipu pada masa itu.

Dan sekarang, dia sedang menipu lebih banyak Raykat kerana dia telah naik pangkat menjadi Menteri Kewayangan.

Jika pernah jual aset negeri RM35 bilion untuk 1.7 juta penduduk Pulau Pinang sahaja, maka dia juga mampu untuk jual aset negara bernilai RM1.05 trilion untuk 30 juta Rakyat Malaysia. – FB Najib Razak

Tags: DAP Pulau PinangLim Guan EngNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Promosi Jualan Daging Babi Sempena Pesta Duanwu Bantu Kurangkan Beban Kos Sara Hidup – Lim Guan Eng

Promosi Jualan Daging Babi Sempena Pesta Duanwu Bantu Kurangkan Beban Kos Sara Hidup – Lim Guan Eng

26/06/2026
0

BUTTERWORTH - Program promosi besar-besaran jualan daging babi sempena Pesta Duanwu akan terus dianjurkan bagi membolehkan rakyat Pulau Pinang membeli...

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

21/06/2026
0

PULAU PINANG - "Jika menjual daging babi dianggap satu kesalahan, adakah semua peniaga daging babi di pasar turut melakukan kesalahan?"...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd