• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencemaran Toksik: 3 Tertuduh Dibenar Ikat Jamin

oleh
27/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Mahkamah Tinggi di sini pagi ini membenarkan jaminan terhadap pemandu lori dan seorang pengarah syarikat dikurangkan kepada RM30,000 dan RM150,000 bagi pertuduhan membuang dan bersubahat melupuskan bahan sisa toksik ke dalam Sungai Kim Kim, Pasir Gudang awal bulan ini.

Seorang lagi tertuduh iaitu pengarah syarikat warga Singapura yang sebelum ini tidak dibenarkan jaminan turut dibenarkan dijamin sebanyak RM250,000 bagi pertuduhan yang sama.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid membuat keputusan itu selepas membuat semakan kehakiman keputusan Mahkamah Sesyen ke atas N. Maridass, 35; Yap Yoke Liang, 42; dan warganegara Singapura, Wang Jing Choa, 34.

Dalam keputusan kehakiman itu, Ahmad Kamal membenarkan wang jaminan terhadap Maridass dikurangkan daripada RM100,000 kepada RM30,000 manakala jaminan terhadap Yoke Liang dikurangkan daripada RM250,000 kepada RM150,000.

Dalam hujahnya, Ahmad Kamal berkata, keputusan lain iaitu diikat jamin dengan seorang penjamin serta perlu melaporkan diri ke Balai Polis Pasir Gudang setiap 1 haribulan sehingga selesai prosiding dijalankan dikekalkan.

“Seorang lagi tertuduh iaitu Jing Choa yang tidak dibenarkan dijamin sebelum ini dibenarkan diikat jamin sebanyak RM250,000 dengan dua penjamin tempatan selain perlu melapor di pada setiap 15 haribulan di balai polis yang sama dan pasport perlu diserahkan kepada mahkamah,” katanya.

Ahmad Kamal dalam alasannya ketika memberikan keputusan menganggap Hakim Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memberikan keputusan jaminan ke atas kesemua tertuduh yang dituduh membuang dan bersubahat melupuskan bahan sisa toksik ke dalam Sungai Kim Kim. – UTUSAN ONLINE

Tags: pencemaran toksiksungai kim kim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perbicaraan Tertuduh Cemarkan Sungai Kim Kim Bermula

03/12/2019
0

JOHOR BAHRU - Prosiding perbicaraan kes pembuangan sisa toksik ke Sungai Kim Kim bermula di Mahkamah Sesyen di sini, hari...

Mayat Lelaki Ditemukan Di Sungai Kim Kim

08/11/2019
0

JOHOR BAHRU - Mayat seorang lelaki tanpa identiti dalam keadaan mulai kembung ditemukan di dalam Sungai Kim Kim, berhampiran sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd