• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Lori Tak Mengaku Salah Hina Islam, Melayu

oleh
22/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang pemandu lori dari Puchong, Selangor, didakwa menyalahgunakan perkhidmatan internet dengan memuat naik mesej menghina orang Melayu dan Islam di Facebook, 2 bulan lalu.

Karitikesoo Valu, 43, dari Bandar Kinrara, didakwa melakukan kesalahan itu pada 23 Januari lalu dengan menggunakan akaun Facebook bernama “Suresh Don Don”.

Dia didakwa di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman penjara setahun, denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Keseluruhan catatannya yang dikatakan menghina orang Melayu dan antara lain mendakwa orang bukan Melayu akan menawan negara ini, susulan kemenangan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum tahun lalu, dibacakan di mahkamah hari ini.

Catatan itu turut menyatakan jumlah masjid di negara ini akan dikurangkan, azan dihadkan dan daging babi akan dibuang ke dalam masjid.

Karitikesoo bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Peguamnya, Sukhindarpal Singh dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan memberitahu mahkamah, Karitikesoo mempunyai 5 anak dan satu-satunya pencari nafkah dalam keluarganya.

Beliau berkata, isteri tertuduh dalam perjalanan dari Puchong untuk mengikat jamin suaminya yang ditahan polis pagi tadi.

Hakim, Norsalha Hamzah bagaimanapun tidak membenarkan dia diikat jamin dan menetapkan 23 April ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Pengarah Pendakwaan Pulau Pinang, Yusaini Amer Abdul Karim. – FMT

Tags: hina islamhina melayu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Maklumkan Tertuduh Kes Pijak Al-Quran Tidak Mengaku Memeluk Islam – Firdaus Wong

Peguam Maklumkan Tertuduh Kes Pijak Al-Quran Tidak Mengaku Memeluk Islam – Firdaus Wong

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Penceramah bebas, Firdaus Wong Wai Hung memaklumkan beliau dihubungi oleh peguam kepada penuntut sebuah universiti...

Lelaki Pijak Al Quran Didakwa Seorang Muallaf

Lelaki Pijak Al Quran Didakwa Seorang Muallaf

02/03/2026
0

Lelaki pihak Al Quran didakwa seorang mualaf.

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd