• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Tetap 3 April Sebutan Semula Kes SRC Najib

oleh
22/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menetapkan 3 April untuk sebutan semula kes Najib Razak yang menghadapi 7 pertuduhan membabitkan dana SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta.

Hakim Nazlan Ghazali menetapkan tarikh itu selepas dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup bahawa Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Najib untuk menangguhkan sementara kes bagi menunggu rayuan beliau berhubung permohonan interlokutori di Mahkamah Persekutuan.

Semalam panel 3 hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan hakim Zabariah Mohd Yusof membenarkan permohonan Najib untuk menangguhkan sementara perbicaraan berkata, terdapat kemungkinan perbicaraan kes itu diisytiharkan terbatal berikutan terdapat isu baru di hadapan mahkamah dan menegaskan tiada taktik untuk melengah-lengahkan perbicaraan oleh Najib.

Panel itu menolak 3 daripada 4 rayuan yang dikemukakan oleh Najib dan bekas perdana menteri itu kemudian menfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut di Mahkamah Persekutuan.

Tiga rayuan itu ialah permohonan Najib untuk mendapatkan perintah tegah siar terhadap media dan orang ramai daripada membincangkan merit kes jenayahnya, akses kepada dokumen siasatan, termasuk keterangan saksi di peringkat pra-perbicaran dan mengenai penarikan balik sijil pemindahan kes dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi oleh peguam negara.

Mahkamah Tinggi sebelum ini menetapkan 33 hari bermula 12 Februari hingga 28 Februari dan 4 hingga 29 Mac untuk perbicaraan kes itu.

Bagaimanapun, ia ditangguhkan sementara sehingga rayuan Najib selesai didengar di Mahkamah Rayuan.

Pada 4 Julai 2018, Najib, yang juga ahli Parlimen Pekan, didakwa atas 3 pertuduhan pecah amanah dan 1 pertuduhan salah guna kuasa melibatkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Pada 8 Ogos 2018, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 3 tuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah sama dari dana serupa.

Najib, 66, yang diwakili peguam Muhammad Shafee Abdullah hadir di mahkamah dengan memakai sut biru.

Tags: Najib Tun RazakSRC International
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

05/05/2023
0

Kuala Lumpur : Suspek skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd dicekup di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala...

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

13/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Keputusan permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan rayuan akhirnya akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd