• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masjid, Surau Solat Hajat Mohon Kedamaian Negara

oleh
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semua masjid dan surau Jumaat di Wilayah Persekutuan akan melakukan solat hajat memohon kedamaian untuk negara dan solat jenazah ghaib selepas solat Jumaat hari ini buat mangsa yang terkorban dalam insiden serangan pengganas di Christchurch, New Zealand minggu lalu.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam satu kenyataan berkata, solat sunat tersebut akan diadakan di semua 84 masjid dan 110 surau Jumaat di seluruh Wilayah Persekutuan.

“Inisiatif ini diambil selaras dengan tuntutan agama bagi mendoakan mangsa dalam insiden berkenaan, termasuk untuk rakyat Malaysia yang terkorban serta tercedera.

“Mudah-mudahan mereka yang terkorban ditempatkan bersama-sama para syuhada di sisi Allah dan ahli keluarga yang terlibat diberikan kesabaran berdepan ujian ini,” katanya di sini, hari ini.

Seramai 50 mangsa terbunuh dalam tragedi berdarah yang berlaku di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand sebelum solat Jumaat pada 15 Mac lalu.

Seorang rakyat Malaysia, Mohd. Haziq Mohd. Tarmizi, 17, terkorban manakala tiga lagi iaitu Mohd. Tarmizi Shuib, 42, Rahimi Ahmad, 39, dan Nazril Hisham Omar, 49, cedera. – K! ONLINE

Tags: al Noor ChristchurchJAWIsolat hajat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Senaman Yoga Gabung Unsur Keagamaan, Pemujaan Adalah Haram – JAWI

Senaman Yoga Gabung Unsur Keagamaan, Pemujaan Adalah Haram – JAWI

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Senaman Yoga yang menggabungkan amalan fizikal dengan unsur keagamaan dan pemujaan bagi tujuan tertentu adalah haram menurut...

JAWI Diarah Siasat Isu Lelaki Berpakaian Menyerupai Wanita

JAWI Diarah Siasat Isu Lelaki Berpakaian Menyerupai Wanita

25/12/2025
0

Putrajaya: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarahkan menjalankan siasatan lanjut berhubung isu tular di media sosial melibatkan seorang lelaki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd