• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wisma Putra Sahkan Haziq Meninggal Dunia

oleh
21/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Wisma Putra mengesahkan bahawa Muhammad Haziq Mohd. Tarmizi, 17, adalah antara 50 mangsa yang terbunuh dalam tragedi tembakan rambang di dua masjid di Christchurch, New Zealand, Jumaat minggu lalu.

Wisma Putra dalam satu kenyataan turut menzahirkan ucapan takziah kerajaan Malaysia kepada keluarga Allahyarham Muhammad Haziq.

“Kerajaan Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga Muhammad Haziq.

“Suruhanjaya Tinggi Malaysia akan menghulurkan bantuan kepada keluarganya untuk urusan pengebumian,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Wisma Putra berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa akan berlepas ke Christchurch untuk mewakili kerajaan Malaysia bagi memberi sokongan kepada rakyat Malaysia yang terlibat dalam tragedi berkenaan.

“Kementerian berharap orang ramai dan pihak media menghormati perasaan ahli keluarga mangsa pada waktu-waktu yang sukar ini,” katanya.

Terdahulu, Exco Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh mengesahkan kematian Muhammad Haziq malam tadi berdasarkan maklumat yang diterima daripada sumber.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan nasib Muhammad Haziq menjadi tanda tanya selepas remaja itu dilaporkan hilang semasa insiden tembakan rambang tersebut.

Muhammad Haziq merupakan anak kepada Mohd. Tarmizi Shuib, 42, yang kini menerima rawatan di Hospital Christchurch selepas cedera ditembak dalam kejadian di Masjid Al Noor.

Seorang lagi anak Mohd. Tarmizi, Mohd. Haris, 12, masih menerima rawatan di hospital kanak-kanak di Christchurch akibat trauma susulan insiden tersebut.

Selain Mohd. Tarmizi, dua lagi rakyat Malaysia yang tercedera akibat serangan itu ialah Rahimi Ahmad dan Muhammad Nazril Hisham Omar. – K! ONLINE

Tags: al Noor ChristchurchNew Zealand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi 6.2 Magnitud Landa Barat Daya New Zealand

Gempa Bumi 6.2 Magnitud Landa Barat Daya New Zealand

29/04/2025
0

ISTANBUL - Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud menggegarkan kawasan berhampiran bandar Bluff di barat daya New Zealand, lapor Anadolu Ajansi...

NZ Mansuhkan Larangan Hisap Rokok Untuk Generasi Akan Datang

NZ Mansuhkan Larangan Hisap Rokok Untuk Generasi Akan Datang

28/11/2023
0

AUCKLAND: New Zealand bakal membatalkan larangan untuk generasi akan datang menghisap rokok yang mendapat pujian seluruh dunia, sebelum ini. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd