• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Maut Digilis Beberapa Kenderaan

oleh
20/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LELAKI maut selepas digilis beberapa kenderaan dalam kemalangan di Kilometer 441.9 Lebuhraya Utara Selatan, di Rawang, hari ini.

Dalam kejadian 6.30 pagi itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas seluruh anggota badan dan kepalanya hancur digilis beberapa kenderaan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Y15 dalam perjalanan dari arah utara menghala ke selatan.

“Sebaik tiba di lokasi, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar besi penghadang jalan menyebabkannya tercampak ke laluan bertentangan.

“Mangsa kemudian digilis beberapa kenderaan yang berada di laluan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Samsor berkata, terdapat kesan cebisan mayat mangsa sepanjang 50 meter di lokasi kejadian.

“Motosikal mangsa ditemui di laluan kecemasan arah selatan dipercayai dialihkan dan mengalami kerosakan pada bahagian depan serta kiri kenderaan itu.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat. Usaha mengesan saksi sedang giat dijalankan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Dzulhafizie Abd Rasid di talian 013 7465469 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – myMetro Online

Tags: digiliskemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd