• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Zahir Simpati Keluarga Mangsa Gempa Lombok

oleh
20/03/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa simpati yang mendalam kepada mangsa-mangsa kejadian gempa bumi yang melanda Lombok, Indonesia.

Dalam satu kenyataan hari ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata paling utama dalam pemikiran Seri Paduka ialah dua rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi itu yang melanda Ahad.

“Ingatan dan doa Seri Paduka sentiasa bersama keluarga mangsa, penduduk Lombok dan semua rakyat Indonesia dalam menghadapi situasi yang amat mendukacitakan ini,” kata beliau.

Beliau berkata Al-Sultan Abdullah juga berharap semoga mereka yang cedera dan terkesan akibat bencana itu segera sembuh.

“Seri Paduka juga dengan perasaan yang tulus ikhlas menzahirkan sokongan bagi pihak negara ini kepada penduduk Lombok dalam menghadapi bencana itu,” kata Ahmad Fadil.

Beliau berkata Yang di-Pertuan Agong juga menzahirkan keyakinan penuh bahawa rakyat Indonesia akan menampilkan ketabahan dan semangat yang tidak mudah luntur dalam usaha ke arah pemulihan Lombok.

Jenazah dua rakyat Malaysia yang terkorban dalam kejadian gempa bumi dan tanah runtuh di Lombok itu – Datin Tai Siew Kim dan Lim Sai Wah – dibawa pulang ke Malaysia hari ini dengan pesawat Garuda, Indonesia.

Sekumpulan 17 warga Malaysia, yang berada di Lombok ketika gempa bumi bermagnitud 5 skala Richter melanda, juga selamat tiba di tanah air hari ini menaiki penerbangan berasingan.

Tags: Al-Sultan Abdullahgempa bumiLombok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub KOTA KINABALU - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 menggegarkan perairan berhampiran Kota Kinabalu, Sabah pukul 12.57 pagi...

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd