• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Buang Sisa Toksik Terlibat Elemen Jenayah

oleh
19/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Siasatan ke atas sembilan individu yang ditahan berhubung kejadian pencemaran di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor kelmarin mendapati ada di antara mereka yang terlibat dengan elemen jenayah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, siasatan masih dijalankan dan setakat ini ada di antara mereka didapati terlibat dengan elemen jenayah malah berkemungkinan besar turut memiliki rekod jenayah lampau, namun siasatan setakat ini difokuskan terhadap pembabitan suspek di dalam kes pembuangan bahan kimia.

“Kesemua suspek merupakan warga tempatan yang bekerja dengan syarikat-syarikat tertentu dan kami dapati mempunyai kaitan langsung dengan kes ini.

“Siasatan kini sedang rancak dijalankan dan kita yakin akan dapat mengenalpasti mereka yang bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman di antara Koperasi Polis Diraja Malaysia dengan Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa) dan Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) di sini.

Tambah Mohamad Fuzi, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan ada lagi tangkapan yang akan dilakukan bagi membantu proses siasatan.

“Siasatan kini diteruskan oleh polis Johor dan diselaraskan oleh Bukit Aman,” jelas beliau.

Kosmo! Online semalam melaporkan tentang penahanan sembilan lelaki yang dipercayai terlibat dengan kes pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang.

Kesemua suspek kini direman selama enam hari bermula semalam dan disiasat di bawah Seksyen 278, Seksyen 284 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” tegas beliau. – K! ONLINE

Tags: bahan kimiapencemaran toksik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bahan Kimia Dilupus Secara Haram Disyaki Cemar Sungai Teritit

Bahan Kimia Dilupus Secara Haram Disyaki Cemar Sungai Teritit

02/09/2024
0

PEKAN : Pencemaran Sungai Teritit di Merchong, dekat sini yang dikesan kelmarin, dipercayai berpunca daripada pelupusan bahan kimia sehingga menyebabkan...

Kerajaan Perlu Kawal Produk Berasaskan Bahan Kimia

Kerajaan Perlu Kawal Produk Berasaskan Bahan Kimia

12/06/2023
0

PUTRAJAYA – Pusat Racun Negara (PRN) menggesa kerajaan agar mewujudkan kawalan terhadap produk berasaskan bahan kimia yang digunakan di rumah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd