• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fazli Sham Berundur Dari Cub Prix

oleh AK-47
19/03/2019
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETELAH hampir 20 tahun, Ahmad Fazli Sham akhirnya mengundur diri dari Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS apabila namanya tidak berada dalam senarai pelumba pasukan ONEXOX TKKR SAG Team yang akan memulakan cabaran di Jasin, Melaka pada 23 dan 24 Mac ini.

Walaupun begitu, kelibat Fazli akan tetap kelihatan di padok pasukan apabila bakal menggalas tugas baharu selaku jurulatih pelumba muda bersama jurulatih utama pasukan, Rosnizam Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Obert selain turut membantu tugas-tugas kejuruteraan dan teknikal sewaktu perlumbaan.

“Saya rasa kini sudah tiba masanya untuk saya mengundurkan diri dari arena Kejuaraan Cub Prix setelah berbelas tahun beraksi. Kalau ikutkan, memang saya mahu lagi berlumba tetapi saya perlu akur kudrat saya tidak seperti dahulu, ditambah pula untuk bersaing dengan pelumba-pelumba muda yang lebih agresif dan bertenaga,” jelas pelumba berusia 37 tahun itu.

Tambahnya, “Namun saya gembira dengan tanggungjawab yang diberikan oleh pasukan kepada saya. Saya akan mencurahkan pengalaman saya bersama Obert untuk membimbing barisan pelumba muda dan berharap gandingan kami dapat melahirkan juara untuk pasukan ini.”

Juara Expert 2007 dan 2008 itu bagaimanapun masih tersenarai dalam barisan pelumba pasukan di pentas Kejuaraan Motosikal Asia FIM dalam kategori Underbone 150cc.

Fazli memulakan karier seawal tahun 2001 sebagai pelumba persendirian sebelum dilamar pasukan Maju Motor pada tahun 2003. Sepanjang kariernya, Fazli hanya pernah berpindah ke pasukan Fastrac Racing pada 2011 sebelum kembali ke pangkuan Maju Motor pada tahun berikutnya.

Pada tahun 2018, Fazli dilamar oleh pasukan TKKR dan menamatkan saingan di tangga ke-16 keseluruhan.

“Banyak kejayaan yang sudah dicapai sepanjang pembabitan saya di dalam Kejuaraan Cub Prix. Saya juga merupakan antara pelumba yang sempat bersaing dengan semua generasi pelumba sepanjang 25 tahun penganjuran Cub Prix. Sudah tiba masanya untuk saya mencurahkan pengalaman yang ada kepada generasi muda hari ini.”

Selain bergelar juara Expert pada tahun 2007 dan 2008, Fazli merupakan pemenang keseluruhan kategori Underbone 125cc (2 lejang) pada tahun 2004 dan 2005 dan pernah menyertai Program Wildcard Malaysia pada tahun 2009 serta memegang rekod pelumba yang paling banyak memenangi perlumbaan kelas perdana Kejuaraan Cub Prix (Expert, CP130 dan CP150) dengan 21 kemenangan. – Mynewshub.TV

Tags: Ahmad Fazli ShamCub Prix
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jenazah Mohd Hafiz Selamat Dikebumi

17/12/2018
0

IPOH - Jenazah pelumba Cub Prix, Mohd. Hafiz Nor Azman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Serdang Permai, Simpang Pulai...

Pemergian Mohd Hafiz Satu Kehilangan Dunia Permotoran

17/12/2018
0

IPOH - Pemergian pelumba Cub Prix, Mohd. Hafiz Nor Azman disifatkan satu kehilangan buat sukan permotoran Malaysia, kata bekas jaguh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd