• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Johor Batal 2 Program Sempena Hari Keputeraan

oleh
19/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sultan Johor membatalkan penganjuran dua acara sempena Hari Keputeraan Baginda iaitu Majlis Jamuan Teh serta Majlis Jamuan Negeri yang dijadualkan pada Ahad ini.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, keputusan itu demi rakyat kerana sedih melihat ada di antara mereka yang sengsara akibat pencemaran sisa toksik di Pasir Gudang.

“Ramai yang terjejas kerana pencemaran sisa bahan kimia akibat dibuat pihak tidak bertanggungjawab, malah ada yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi, manakala sekolah juga masih ditutup.

“Saya membatalkan dua acara ini oleh sebab tidak mahu berada di majlis yang meriah sedangkan ada rakyat yang masih menghadapi masalah dan masih menderita,” titah Sultan Johor kepada Royal Press Office (RPO) sebentar tadi.

Majlis Jamuan Teh itu dijadualkan berlangsung pada 24 Mac ini, manakala Majlis Jamuan Negeri pula sepatutnya diadakan pada 25 Mac.

Sultan Ibrahim bertitah, dengan pembatalan acara itu,l juga membolehkan petugas-petugas membabitkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan termasuk pasukan keselamatan bertumpu pada kerja-kerja pembersihan sisa toksik di Sungai Kim Kim.

“Sebagaimana kita tahu, ramai petugas yang juga penjawat awam dan juga pasukan keselamatan serta perubatan terbabit dalam operasi pembersihan dan saya amat menghargai komitmen serta dedikasi mereka.

“Oleh demikian, saya berasakan adalah wajar untuk membatalkan acara ini demi rakyat dan pasukan petugas yang bekerja keras tanpa mengira waktu,” titah Baginda lagi.

Tags: pencemaran toksikSultan Ibrahim Sultan Iskandar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Ibrahim Tegur Persekitaran Flat Kos Rendah Di Johor kotor

Sultan Ibrahim Tegur Persekitaran Flat Kos Rendah Di Johor kotor

18/05/2023
0

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan perasaan kecewa terhadap keadaan bangunan, penyelenggaraan serta tahap kebersihan flat-flat...

Penderitaan Pemandu Bas Dapat Perhatian Istana Johor

10/09/2021
0

JOHOR BAHRU - Kesempatan hidup pemandu bas di negeri ini akibat pandemik Covid-19 yang menjejaskan pendapatan mereka mendapat perhatian Sultan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd