• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Sambut Baik Keputusan MCA Kekal Dalam BN

oleh
18/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS menyambut baik keputusan MCA untuk kekal bersama Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kepelbagaian kaum dalam blok pembangkang.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, partinya menerima secara positif keputusan tersebut meskipun MCA sebelum ini dilihat kurang senang terhadap kerjasama UMNO dan PAS.

“Wartawan minta saya komen tentang keputusan MCA tetap bersama BN. Saya jawab, kita terima secara positif kerana Malaysia sebuah negara bermasyarakat majmuk,” katanya menerusi laman Twitter beliau hari ini.

MCA semalam membuat keputusan kekal bersama BN dalam menerapkan semangat konsensus berasaskan kepelbagaian kaum rakyat di negara ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, keputusan tersebut dibuat bagi memperkukuhkan semangat gabungan pembangkang di samping memainkan peranan semak dan imbang kepada kerajaan pemerintah khususnya soal kebajikan serta ekonomi rakyat.

Pemerhati politik sebelum ini percaya MCA mampu menang beberapa kerusi Parlimen dalam pilihan raya seandainya BN bekerjasama dengan PAS. – UTUSAN ONLINE

Tags: Barisan NasionalMCAPASUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lagi Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berwajib

Lagi Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berwajib

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu laporan yang diterbitkan Mynewshub berhubung sidang khas mengenai laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji di...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd