• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Johor Tidak Serius, Lawat Batam Masa Krisis

oleh
18/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hishamuddin Hussein menempelak tindakan Menteri Besar Johor, Osman Sapian yang membuat lawatan kerja ke Batam, Indonesia ketika penduduk di Pasir Gudang berhadapan dengan krisis pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim.

Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, tindakan Osman meneruskan lawatan ke negara jiran itu Jumaat lepas menunjukkan beliau tidak serius dan tidak mempunyai kredibiliti dalam menentukan keutamaan pentadbiran beliau dalam menangani masalah yang berlaku di Pasir Gudang.

“Itu saya cukup kecewa. Saya terkilan dan terkejut cara kepimpinan kerajaan negeri menangani isu Pasir Gudang dengan mudah dan tidak menunjukkan keseriusan,” katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen di sini, hari ini.

Sebelum ini keputusan Osman ke Batam dikritik banyak pihak kerana didakwa tidak sesuai dalam keadaan pencemaran toksik masih berlarutan dan bilangan mangsa terus bertambah hingga ke hari ini.

Dalam kenyataannya semalam, Osman berkata, lawatan yang dijadualkan lebih awal selama 3 hari itu dipendekkan kepada kurang 1 hari kerana kepentingan operasi pembersihan yang sedang dijalankan di Pasir Gudang.

Dalam pada itu, Hishamuddin berkata, pihak sekolah boleh mengambil tindakan tegas disebabkan pencemaran tersebut melibatkan pelajar sekolah.

“Saya pernah memegang jawatan menteri pendidikan. Saya tahu sekiranya ada perkara sebegini, menteri boleh buat satu pendirian tegas.

“Dalam konteks Kementerian Pertahanan, kita ada pakar kita. Kenapa pakar dalam bidang kimia kita tak digerakkan lebih awal?” soalnya. – FMT

Tags: Hishamuddin HusseinOsman Sapian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Langgar SOP Bukan Satu Jenayah, Tak Perlu Letak Jawatan – PM

14/02/2022
0

SHAH ALAM : Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak perlu meletakkan jawatannya walaupun didapati bersalah melanggar prosedur...

Hishammuddin Digesa Letak Jawatan Kerana Langgar SOP

14/02/2022
0

Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh mendesak Menteri Kanan Hishammuddin Hussein meletak jawatan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) pada acara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd