• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Biji Avokado Berpotensi Rawat Keradangan Kronik

oleh
17/03/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HARRISBURG – Sejenis ekstrak daripada biji buah avokado didapati mampu mengurangkan bengkak dan mempunyai potensi rawatan untuk gejala penyakit jantung, kanser, artritis dan pelbagai penyakit yang menyebabkan keradangan kronik.

Seorang penyelidik sains pemakanan Universiti Pennsylvania State, Joshua Lambert menemui potensi perubatan biji avokado itu selepas 10 tahun mengkaji ekstrak tersebut sebagai pewarna makanan.

“Jika kami dapat memberi nilai pulangan kepada penanam dan pengilang avokado, biji buah tersebut tidak akan dibuang begitu sahaja seperti sekarang,” katanya dalam satu laporan terbitan jurnal Advances In Food Technology and Nutritional Sciences baru-baru ini.

Pasukan penyelidik diketuai Lambert sebelum ini menguji tindak balas imuniti badan dan penyakit yang menyebabkan keradangan kronik menggunakan ekstrak itu di makmal. Mereka merancang untuk mengadakan ujian ke atas haiwan sebelum ia boleh dikomersialkan demi manfaat manusia.

Lambert merasakan penemuan itu sungguh memberangsangkan kerana kebanyakan kajian bahan bioaktif sedia ada bertumpu kepada pasaran koko dan teh hijau sedangkan biji avokado dianggap tidak berharga. Pasukannya juga telah memohon paten hak cipta untuk ekstrak baharu itu pada 2016. – Agensi

Tags: biji avokadokeradangan kronik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd