• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serangan Masjid: Warga Malaysia Cedera Ditembak

oleh
15/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG rakyat Malaysia cedera dalam insiden tembakan di sebuah masjid di Christchurch, New Zealand pada Jumaat.

Menurut akaun Twitter rasmi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, mangsa kini menerima rawatan di sebuah hospital.

“Seperti yang dilaporkan, terdapat insiden tembakan di sebuah masjid di Christchurch pada jam 1.40 tengah hari (8.40 pagi waktu Malaysia) hari ini.

“Suruhanjaya Tinggi kini berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai mangsa.

“Setakat ini, seorang rakyat Malaysia disahkan cedera dan kini menerima rawatan di sebuah hospital,” menurut tweet itu.

Satu lagi tweet oleh Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah menyebut mangsa kini dalam keadaan stabil dan isterinya telah dihubungi.

Butiran mangsa belum dikeluarkan.

Terdahulu, kejadian tembakan berlaku di Masjid Al Noor di tengah Christchurch, berhadapan Hagley Park dan Masjid Linwood di Linwood Avenue.

Pihak polis mengarahkan penduduk agar tidak berada di luar manakala semua sekolah di Christchurch telah ditutup.

Pihak berkuasa juga dilapor mengosongkan kawasan Cathedral Square di mana ribuan kanak-kanak sekolah mengadakan himpunan menangani perubahan iklim.

Sementara itu, Suruhanjaya Tinggi juga meminta rakyat Malaysia yang terjejas dalam insiden itu dan memerlukan bantuan agar menghubungi mereka di talian +64210440188 atau [email protected].

Menurut laporan, polis di New Zealand telah mengesahkan beberapa kematian dalam insiden tembakan di dua buah masjid di bandar Christchurch.

“Seorang telah ditahan, bagaimanapun polis percaya bahawa mungkin terdapat pesalah lain… ini adalah satu insiden yang sedang berlaku dan kami berusaha untuk mengesahkan fakta ini…,” kata Polis New Zealand melalui akaun Twitter.

Tags: #MasjidNewZealand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengganas Kulit Putih Anti Islam, Anti Pendatang

15/03/2019
0

WELLINGTON - Brenton Tarrant, pengganas kulit putih yang melepaskan tembakan rambang di masjid Al Noor di Christchurch dan menyiarkan serangan...

Henti Kongsi Video Pembunuhan Orang Islam

15/03/2019
0

PEMUDA UMNO menyarankan rakyat di negara ini tidak berkongsi video secara langsung dibuat oleh pengganas yang menembak secara rambang di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd