• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sungai Klang Dicemari Bahan Kimia

oleh
15/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Sungai Klang hari ini tercemar dengan pembuangan sisa disyaki bahan kimia oleh individu tidak bertanggungjawab.

Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Datuk Ir. Hashim Osman berkata, maklumat mengenai pencemaran itu diterima pihaknya kira-kira pukul 6 petang tadi.

Katanya, sepasukan anggota LUAS telah dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengenalpasti sisa bahan kimia itu.

“Setakat ini, maklumat yang kita terima adalah bahan kimia itu dibuang di dalam sebuah longkang sebelum mengalir ke dalam Sungai Klang.

“Kita masih menyiasat termasuk keluasan pencemaran itu dan perkembangan terkini akan dimaklumkan nanti,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Beliau menjelaskan, pencemaran itu tidak akan memberikan sebarang kesan terhadap tujuh empangan di sekitar Selangor.

Bagaimanapun, Hashim menegaskan ia berkemungkinan hanya akan memberi kesan terhadap haiwan ternakan sekitar sungai tersebut. – K! ONLINE

Tags: bahan kimiapencemaransungai klang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bahan Kimia Dilupus Secara Haram Disyaki Cemar Sungai Teritit

Bahan Kimia Dilupus Secara Haram Disyaki Cemar Sungai Teritit

02/09/2024
0

PEKAN : Pencemaran Sungai Teritit di Merchong, dekat sini yang dikesan kelmarin, dipercayai berpunca daripada pelupusan bahan kimia sehingga menyebabkan...

Kerajaan Perlu Kawal Produk Berasaskan Bahan Kimia

Kerajaan Perlu Kawal Produk Berasaskan Bahan Kimia

12/06/2023
0

PUTRAJAYA – Pusat Racun Negara (PRN) menggesa kerajaan agar mewujudkan kawalan terhadap produk berasaskan bahan kimia yang digunakan di rumah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd