• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Masih Ada Longgokan Tong Misteri”

oleh
15/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN – Longgokan tong misteri di tepi jalan Kampung Parit Pak Intan dekat Pekan Parit Sikom di sini, kembali mencuri tumpuan selepas setahun tular dan dilaporkan akhbar tempatan.

Penularan berita tong misteri itu, dikaitkan kebimbangan orang ramai dalam tempoh pencemaran bahan toksik di Pasir Gudang.

Sinar Harian semalam, melakukan tinjauan bersama penduduk kampung dan wakil ADUN Pulai Sebatang ke lokasi stor penyimpanan tersebut.

Hasil tinjauan mendapati, masih terdapat tong-tong putih dilonggok di dalam kawasan stor yang jelas kelihatan dari luar.

Imam Masjid Kampung Parit Pak Intan, Abdul Majid Sapak berkata, dia tidak terkejut dengan penularan longgokan tong misteri di media sosial itu.

Katanya ini kerana, masalah itu belum diselesaikan meskipun mendakwa lawatan agensi terlibat seperti Jabatan Alam Sekitar sudah pun dilakukan.

“Penduduk diberitahu tong itu mengandungi baja. Bahan baja, kami tidak tahu mungkin bahaya untuk kesihatan. Tetapi tengok pokok-pokok di sekeliling layu,” katanya.

Beliau berharap agar penularan berita tong misteri itu akan membuka mata pihak berkuasa untuk mengambil tindakan lebih tegas kepada pemilik stor.

“Penduduk mahu stor berkenaan dipindahkan ke lokasi lain. Tidak sesuai dibuka di kawasan kampung lebih-lebih dekat dengan kebun dan ladang yang jadi tempat penduduk mencari rezeki,” katanya.

Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, Abdul Rashid Taib, 45, berharap ia diselesaikan dengan stor terbabit diarah berpindah.

Katanya, langkah itu penting bagi menjamin kehidupan harmoni dan selamat tanpa bimbang dengan ancaman bahan kimia mahupun toksik berbahaya.

Sementara itu, Pegawai Khas Kepada ADUN Pulai Sebatang, Zainuzabha Bahrom berkata, isu berkenaan menjadi perkara utama yang dibawa setiap kali mesyuarat tindakan daerah.

“Saya difahamkan Jabatan Alam Sekitar sudah pun memberikan notis supaya stor itu dikosongkan.

“Kita juga mendesak agar tindakan segera diambil kerana kawasan tersebut dirasakan tidak sesuai sebagai lokasi stor penyimpanan kerana terletak dalam kawasan kampung,” katanya. – Sinar Harian

Tags: pencemaranPontian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suntikan Polio Untuk 4 Juta Kanak-kanak

Tiga Maut Kemalangan Di Hadapan SK Parit Kudus, Pontian

30/03/2023
0

PONTIAN: Tiga ORANG terbunuh dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 5.7 Jalan Parit Semerah-Parit Kudus di hadapan Sekolah Kebangsaan...

Ahmad Maslan Tewaskan Hasni Di Pontian

Ahmad Maslan Tewaskan Hasni Di Pontian

19/03/2023
0

PONTIAN : Selepas 22 tahun menerajui UMNO Bahagian Pontian, Datuk Seri Hasni Mohammad, tewas kepada timbalannya Datuk Seri Ahmad Maslan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd