• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Jong-nam: Reprentasi Doan Ditolak Peguam Negara

oleh
14/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JABATAN Peguam Negara menolak reprentasi yang dikemukakan wanita warga Vietnam, Doan Thi Huong, 30, bagi menggugurkan daripada pertuduhan membunuh abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam.

Perkara itu dimaklumkan peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Doan pada prosiding perbicaraan bela diri dihadapan Hakim, Datuk Azmi Ariffin di Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi.

Hisyam memberitahu representasi itu dihantar pada Isnin lalu selepas mahkamah ini melepas tanpa membebaskan seorang lagi tertuduh Siti Aisyah, 27, atas pertuduhan sama mengikut Seksyen 254(1) Kanun Tatacara Jenayah.

Dalam prosiding sama, Hisyam turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya juga tidak sihat dan tidak dapat memberi keterangan yang sepatutnya perbicaraan bela diri berlangsung pada hari ini.

“Sejak Isnin lalu, anak guam saya tidak boleh tidur dan hanya dapat tidur satu jam kerana terlalu tertekan,” katanya.

Berikutan itu, mahkamah kemudian menangguhkan prosiding dan menetapkan 1 April depan untuk sambung perbicaraan bela diri.

Mengikut pertuduhan, Doan didakwa bersama empat lagi yang masih bebas membunuh Kim Chol, 45, di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pukul 9 pagi, 13 Februari 2017 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Isnin lalu, mahkamah sama melepas tanpa Siti Aisyah daripada pertuduhan membunuh abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam.

Azmi membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad menarik balik pertuduhan ke atas Siti Aisyah, 27, mengikut Seksyen 254(1) Kanun Tatacara Jenayah.

Azmi ketika membuat keputusan itu berkata mahkamah ber­puas hati dengan kes prima facie terhadap Siti Aisyah di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada 16 Ogos 2018, mahkamah meme­rintahkan Siti Aisyah dan wanita warga Vietnam, Doan Thi Huong, 29, membela diri atas pertuduhan membunuh Kim Chol. – K! ONLINE

Tags: Doan Thi HuongKes Bunuh Kim Jong-Nam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Bunuh Jong-nam: Doan Balik Kampung Malam Ini

03/05/2019
0

PUTRAJAYA - Warga Vietnam, Doan Thi Huong, 30, yang sebelum ini dituduh dalam kes bunuh abang kepada pemimpin Korea Utara,...

Bunuh Jong-nam: Doan Thi Huong Dibebaskan 3 Mei

13/04/2019
0

KUALA LUMPUR – Doan Thi Huong, 30, tertuduh dalam kes bunuh abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd