• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gmail, Google Drive Hadapi Masalah Seluruh Dunia

oleh
14/03/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengguna Google dari seluruh dunia dilaporkan kini berhadapan masalah untuk mengakses beberapa perkhidmatan jaringan itu terutamanya Gmail dan Google Drive berikutan rata-rata mereka tidak dapat menghantar e-mel.

Menurut laman sesawang Outage.Report, pengguna di Amerika Syarikat (AS), Malaysia, Singapura dan Australia mengalami masalah berkenaan dengan Gmail dan Google Drive.

Jelas laporan itu, dalam tempoh 24 jam masing-masing lebih 1,500 pengguna dari AS, 900 pengguna Australia dan 200 pengguna Malaysia tampil membuat aduan mengenai masalah tersebut.

Laman sesawang Down Detector pula menyatakan pengguna mula menghadapi masalah dengan Gmail dan Google Drive dari pukul 10 pagi tadi.

Sebuah peta dan carta yang disiarkan dalam laman sesawang itu menunjukkan pengguna di Jepun, China dan India turut berhadapan masalah dengan Gmail.

Bagaimanapun jelas laporan itu, pengguna yang boleh menghantar e-mel pula mengadu lampiran yang dihantar tidak dapat dimuat turun.

Menurut Google Suite Status Dashboard, pengguna masih dapat mengakses Gmail dan Google Drive namun berhadapan dengan `mesej error’, latensi tinggi dan pelbagai masalah lain.

Dalam pada itu, menurut Google, pihaknya sedang menyiasat laporan orang ramai berhubung masalah di Gmail dan Google Drive selain menyatakan maklumat tambahan akan diberitahu dalam masa terdekat. – Agensi

Tags: Gmailgoogle drive
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Google Rai Ulang Tahun Gmail Ke-15

02/04/2019
0

GOOGLE pada Isnin mengumumkan ciri-ciri baharu Gmail semasa meraikan ulang tahun ke-15 perkhidmatan mel itu dan menjanjikan bahawa ia adalah...

Pengguna Gmail Alami Serangan Phishing

04/05/2017
0

SAN FRANCISCO - Pengguna Gmail pada Rabu diserang menggunakan phishing bertujuan untuk melumpuhkan pembekal perkhidmatan Google, lapor agensi berita China...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd