• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

469 Mangsa Pencemaran Bahan Toksik Setakat Ini

oleh
13/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR GUDANG – Situa­si pencemaran bahan toksik di Sungai Kim Kim di sini sejak Khamis lalu bertambah buruk apabila gelombang kedua me­landa sekali gus meningkatkan jumlah mangsa.

Seramai 260 mangsa terbaharu setakat ini melibatkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Puteri Resort, Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Puteri Resort dan orang awam.

Mereka mendapat rawatan awal di Dewan Serbaguna Taman Pasir Putih di sini sejak pukul 10 pagi dan bagi kes yang kritikal dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru.

Tinjauan di dewan itu mendapati situasi cemas, panik serta kelam-kabut dan kira-kira 100 anggota bomba, polis, petugas perubatan dan guru memberi bantuan kecemasan.

Mangsa sebelum itu pengsan, muntah serta pening kepala sekali gus menjadikan bilangan terkini mangsa pencemaran toksik sejak Khamis lalu berjumlah 469 orang keseluruhannya.

Seorang ibu kepada pelajar yang pengsan, Zuraidah Sibok, 45, berkata, anaknya merupakan pelajar pertama dari sekolah tersebut yang dihantar untuk menerima rawatan kecemasan.

“Rumah saya berdekatan sekolah dan saya sejak pagi tadi tidak sedap hati kerana bunyi ambulans kerap lalu depan rumah menuju ke sekolah.

“Apabila suami saya ke sekolah, dimaklumkan anak saya, Nurulmaizura Azimah Mansor, 14, dihantar ke dewan serbaguna itu untuk rawatan kecemasan,” katanya ketika ditemui pembe­rita di dewan tersebut hari ini.

Seorang lagi ibu mangsa, Noratikah Daud, 47, berkata, anaknya, Affza Balqus Ahmad Sahrel, 14, turut pengsan semasa di sekolah.

“Apabila suami saya ke sekolah anak saya sudah tidak ada di sana, kemudian apabila ke dewan serbaguna juga tidak ada, saya tidak tahu di mana anak saya berada atau di mana dia dirawat,” katanya.

Tags: Gas Kimiapencemaransisa toksik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Bantah Jual, Tutup Malaysia Airlines

Next Post

Pandangan TMJ Wajar, Ada Asasnya – Pemuda UMNO

Related Posts

RM20 Juta, Penjara Untuk Pencemar Bekalan Air

RM20 Juta, Penjara Untuk Pencemar Bekalan Air

13/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Denda maksimum hingga RM20 juta dan pemenjaraan hingga 20 tahun adalah hukuman boleh dikenakan terhadap pihak yang...

Dua Pencemaran Serentak Hampir Cetus Gangguan Air Selangor

Dua Pencemaran Serentak Hampir Cetus Gangguan Air Selangor

14/01/2023
0

SHAH ALAM - Dua kes pencemaran sungai yang berlaku di lembangan Sungai Bernam dan Sungai Langat pada Jumaat hampir menyebabkan...

Next Post

Pandangan TMJ Wajar, Ada Asasnya - Pemuda UMNO

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd