• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bangkai Ikan Gar Gergasi Ditemui Di Taman Rekreasi

oleh
12/03/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW ORLEANS – Pengunjung taman rekreasi Lafreniere di sini dikejutkan dengan penemuan bangkai seekor ikan gar gergasi seberat 45 kilogram (kg) dan lebih 3 meter (m) panjang Khamis lalu, lapor akhbar Daily Mail.

Seorang jurucakap taman tersebut memaklumkan bangkai ikan gar itu ditemui selepas kakitangan taman berkenaan menghidu bau yang sangat busuk. Tidak dapat dipastikan berapa lama ikan itu sudah mati dan mula mereput.

“Tasik ini bersambung dengan beberapa saliran parit serta pembetung konkrit dan ikan itu dipercayai masuk melalui laluan tersebut,” kata jurucakap itu. Tasik tersebut seluas 5.7 hektar dengan kawasan paling dalam mencecah sehingga 4.9 meter.

Beberapa keping gambar ikan gergasi itu dikongsi pengurusan taman tersebut ke dalam Facebook. Beberapa pengunjung sebelum ini pernah melaporkan melihat ikan gergasi itu berenang dalam tasik tersebut.

Ikan gar aligator biasa ditemui di benua Amerika Utara dan Amerika Tengah serta mampu mencapai 3 meter panjang dan berat 136 kg.

Menurut rangkaian televisyen Fox News, meskipun ikan gar kelihatan menakutkan namun ia tidak menyerang manusia sebaliknya hanya memakan ikan bersaiz kecil dan kadangkala membaham penyu dan itik. – Agensi

Tags: ikan garikan gergasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Terkejut Jumpa Bangkai Ikan Gergasi

23/03/2019
0

CANBERRA - Dua pemancing terkejut dan hampir tidak percaya apabila menemui bangkai ikan matahari gergasi yang terdampar di pantai. Steven...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd