• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Denggi Di Kelantan Terkawal – Pengarah Kesihatan Negeri

oleh Ahmad Albab
23/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Situasi denggi di Kelantan masih terkawal dengan purata 45 kes dicatat setiap minggu sejak Januari tahun ini, kata Pengarah Kesihatan negeri Datuk Ahmad Razin Ahmad Maher.

Beliau berkata pihaknya sentiasa memantau perkembangan semasa kes denggi di negeri lain kerana mobilisasi berlaku apabila penduduk Kelantan berulang-alik ke kawasan berisiko tinggi berlaku denggi.

“Kita tetap perlu berwaspada dengan mengambil langkah pencegahan setiap masa,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kenderaan untuk Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) di perkarangan Wisma Persekutuan, di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya turut menggunakan racun serangga mengandungi bahan aktif deltamethrin bagi mengatasi ‘kekebalan’ nyamuk aedes sebagaimana digunakan Kementerian Kesihatan dalam menangani wabak itu di Selangor.

“Namun tindakan utama yang tetap kita tekankan masih lagi usaha menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes,” katanya sambil menambah kira-kira 140 pekerja sambilan harian ditugaskan ke lapangan dalam usaha mengawal denggi di Kelantan.

Pada majlis itu, sebanyak 22 kenderaan diserahkan kepada sembilan PKD termasuk kenderaan pelbagai guna (MPV), pacuan empat roda empat pintu dan ambulans bagi tujuan kawalan denggi di negeri berkenaan. – BERNAMA

Tags: denggi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lonjakan Denggi Ancam Singapura

09/06/2022
0

SINGAPURA – Pemerintah Singapura menyatakan bahawa republik itu sedang berdepan dengan situasi kecemasan bagi wabak demam denggi selepas mencatatkan lonjakan...

Denggi Naik 70 Peratus, HFMD Masih Paras Amaran Di Selangor

13/05/2022
0

SHAH ALAM : Kes demam denggi di Selangor mencatatkan peningkatan 70 peratus iaitu sebanyak 9,357 kes dilaporkan setakat ini. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd