• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Rantau Kerusi Saya, Tidak Akan Lari” – Tok Mat

oleh
12/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMANGKU presiden UMNO, Mohamad Hasan hari ini berkata, beliau tidak akan “melarikan diri” daripada mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau walaupun diingatkan tentang risiko yang dihadapinya jika bertanding di situ.

Dalam temu bual dengan FMT, Mohamad, yang bakal berdepan dengan calon PKR, Dr. Streram Sinnasamy dalam pilihan raya kecil (PRK) pada 13 April depan berkata, Rantau adalah kampung halamannya. Beliau membesar dan bersekolah di situ.

“Orang Rantau mahukan saya. Saya tahu kalau menang pun tiada tambah nilai. Tapi ini tempat saya dan saya akan pertahankan.”

Bekas menteri besar Negeri Sembilan itu berkata, beliau mungkin bertanding kerusi Parlimen Rembau dalam pilihan raya umum akan datang, tetapi pada masa ini beliau akan mempertahankan kerusi yang diwakilinya sejak 2004 itu.

“Walaupun banyak orang kata risikonya tinggi, tetapi saya yakin peluang menang ada. Saya akan terus pertahankan kerusi ini sehingga pilihan raya umum ke-15,” katanya.

DUN Rantau mempunyai 20,926 pengundi, dengan 27% daripadanya pengundi India, 21% Cina dan bakinya 52% pengundi Melayu.

Pada pilihan raya umum 9 Mei tahun lepas, Mohamad memenangi kerusi tersebut tanpa bertanding selepas Streram, yang merupakan tokoh popular di kawasan itu, tidak dibenarkan menyerahkan borang pencalonan beliau pada hari penamaan calon.

Streram kemudiannya berjaya dalam permohonannya meminta Mahkamah Pilihan Raya membatalkan keputusan tersebut, sekali gus membuka jalan kepada PRK akan datang. – FMT

Tags: Mohammad hasanPRK Rantau
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

5 Penyokong Parti Politik Tak Mengaku Salah Periksa Kereta Polis

18/07/2019
0

SEREMBAN - Lima individu dipercayai penyokong parti politik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban hari ini, atas pertuduhan menghalang...

Periksa Kereta Polis: 5 Lelaki Didakwa Khamis Ini

17/07/2019
0

SEREMBAN - Lima penyokong sebuah parti politik yang memeriksa sebuah kereta peronda polis (MPV) semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd