• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelancong Dilarang Guna Selipar Di Pantai Popular Itali

oleh
09/03/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CINQUE TERRE – Pelancong ke kawasan pesisir pantai terkenal Itali, Cinque Terre, kini dilarang sepenuhnya berjalan dengan menggunakan selipar dan boleh didenda sehingga £2,000 (RM10,800) jika melanggar undang-undang itu, lapor akhbar Daily Mail.

Pengurusan Taman Negara Cinque Terre akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang tidak mematuhi nasihat dengan denda antara £40 (RM215) hingga £2,000 (RM10,800). Kadar denda akan ditentukan berdasarkan jenis masalah dihadapi oleh pasukan penyelamat, lapor akhbar The Telegraph.

Keputusan itu diambil selepas unit penyelamat pergunungan di kawasan itu mengadu ramai pendaki ditemui terperangkap di kawasan bukit bukau sekitar pesisir pantai itu kerana memakai selipar.

“Kami akan melaksanakan langkah bersama dengan pihak datuk bandar dan jabatan perhutanan. Ia akan diperkenalkan secara berperingkat-peringkat, bermula dengan penyebaran maklumat sebelum sekatan sepenuhnya,” kata Pengarah Taman Cinque Terre, Patrizio Scarpellini kepada rangkaian televisyen TGCOM24.

Anggota Kelab Alpino Italiano yang menjadi sukarelawan penyelamat di kawasan itu memaklumkan mereka terpaksa menyelamatkan satu keluarga Jerman pada tahun lalu yang terperangkap kerana memanjat dengan memakai selipar. – Agensi

Tags: ItalipantaiPelancongselipar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Aktivis dakwah, Firdaus Wong Wai Hung mengemukakan beberapa persoalan kritikal berhubung penganjuran acara Rain Rave 2026 yang...

Trem Terbabas Rempuh Bangunan Di Milan, Dua Maut Dan Puluhan Cedera

Trem Terbabas Rempuh Bangunan Di Milan, Dua Maut Dan Puluhan Cedera

28/02/2026
0

MILAN — Suasana pagi di bandar Milan bertukar kecoh apabila sebuah trem terbabas sebelum merempuh bangunan di kawasan bandar pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd