• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Istana Naning Dijadikan Pusat Pameran Adat Naning

oleh Ahmad Albab
23/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerajaan Negeri Melaka akan meneruskan rancangan menjadikan istana Bukit Seri Naning di Alor Gajah yang menjadi rebutan pelbagai pihak, sebagai sebuah pusat pameran adat Naning, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata kerja-kerja telah dilakukan untuk pengubahsuaian dan penyelenggaraan istana yang dikenali sebagai Balai Rasmi Dato’ Undang Wilayah Naning kepada pusat pameran berkenaan.

“Pelaksanaan ini bukan mahu mengubah istana tersebut kepada muzium seperti didakwa sesetengah pihak sebaliknya untuk menjadikannya sebagai medium pameran berkaitan sejarah Naning untuk generasi muda,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pembukaan jalan baharu yang menggunakan nama Ketua Menteri Melaka keempat Datuk Ghani Ali di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini bahawa istana itu akan diubah kepada muzium.

Mengulas lanjut, Idris berkata kerajaan negeri menerima laporan bahawa pelbagai aspek dalam istana tersebut tidak diselenggara dengan baik termasuk terdapat bahan mudah terbakar diletakkan di tempat yang berpotensi disambar api.

“Istana ini menjadi rebutan banyak pihak. Kejadian yang boleh meragut nyawa serta merugikan harta benda mungkin boleh terjadi sekiranya kerajaan negeri tidak campur tangan,” katanya.

Idris berkata kerajaan negeri juga sentiasa memantau isu melibatkan Lembaga Adat Naning dan menekankan agar mereka dapat bersatu dan melantik ketua sebenar dalam kalangan mereka.

Sementara itu, pembukaan laluan baharu, dikenali sebagai Jalan Datuk Ghani Ali-Jalan Kiyai Hashim-Jalan Demang Husin di sini hari ini dijangka mampu mengurangkan kesesakan aliran trafik di kawasan itu terutama pada musim cuti.

Idris berkata projek bernilai RM16 juta yang membabitkan laluan sejauh 6.2 kilometer bermula di persimpangan Bukit Beruang-Lebuh Ayer Keroh-Kampung Bukit Bayan di Bukit Katil di sini merupakan laluan alternatif yang mampu memendekkan tempoh perjalanan pengguna jalan raya.

“Projek ini membabitkan pembinaan jalan baharu sejauh 4.5 kilometer manakala 1.7 kilometer melibatkan penurapan semula jalan sedia dan ia dapat memendekkan masa daripada 20 minit kepada 10 minit.

Katanya inisiatif ini merupakan satu daripada komponen utama kerajaan negeri dalam aspek pembangunan bagi menyediakan kemudahan infrastruktur jalan raya yang lebih baik untuk rakyat. – BERNAMA

Tags: Idris Haron
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Melaka Mengundi: Idris Haron Kecundang Di DUN Asahan (Tidak Rasmi)

20/11/2021
0

PETALING JAYA : Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Idris Haron kecundang di Dewan Undangan Negeri...

Royalti Pasir Melaka: SPRM Rakam Percakapan Idris Haron

08/10/2021
0

MELAKA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka telah merakam percakapan bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron mengenai dakwaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd