• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Selagi Tidak Bertentangan Perlembagaan, Kita Setuju”

oleh
08/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong menghormati keputusan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) mengenai tiadanya konsensus dicapai tentang pembubaran BN.

Sehubungan dengan itu, jelasnya, ekoran resolusi pembubaran BN itu dibawa sendiri oleh MCA, beliau akan membawa perkembangan terbaharu itu untuk pengetahuan Ahli Jawatankuasa Pusat MCA yang akan bersidang pada 17 Mac depan.

“Kita sedar dalam konsep BN sejak Perikatan lagi ia melalui proses yang dipanggil konsensus, jadi dalam keadaan tiga parti masih lagi dalam BN, apa juga mengenai masa depan dan hala tuju sebarang keputusan tidak boleh dilakukan secara sepihak (unilateral).

“Pada hari ini kami berpeluang untuk membentangkan usul (pembubaran) tetapi seperti sedia maklum mestilah ia direstui rakan-rakan komponen yang lain, jadi dalam keadaan sebarang keputusan mestilah dalam konsensus, jadi hari ini tiada konsensus yang dicapai mengenai cadangan oleh MCA,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato’ Onn di sini, hari ini.

Sementara itu, menurut Ka Siong, MCA tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama dengan mana-mana parti termasuk PAS memandangkan ia boleh membawa kepada kepentingan rakyat.

“Pendirian MCA jelas kita mesti pertahankan semangat BN dan juga pertahankan Perlembagaan Persekutuan. Apa sahaja kerjasama antara UMNO dan PAS itu adalah mengenai UMNO sebagai parti Melayu bersama PAS.

“Selagi tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, kita setuju. Dalam jangka masa ini kita nampak, ia adalah kerjasama mengenai bangsa dan agama, kami tidak ada masalah. – UTUSAN ONLINE

Tags: Barisan NasionalMCAPASUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Tindakan pemimpin DAP meletak jawatan sebagai anggota Kabinet akan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk menarik...

Lagi Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berwajib

Lagi Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berwajib

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu laporan yang diterbitkan Mynewshub berhubung sidang khas mengenai laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd