• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nik Azman Dilantik Ketua Audit Negara

oleh
08/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA hari ini mengumumkan pelantikan Nik Azman Nik Abdul Majid sebagai ketua audit negara selama 2 tahun, mulai 23 Februari lalu hingga 22 Februari 2021.

Ketua Setiausaha Negara, Ismail Bakar dalam satu kenyataan hari ini berkata, Nik Azman menggantikan Madinah Mohamad yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 22 Februari lalu.

Katanya, pelantikan itu dibuat berdasarkan Fasal (1) Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah atas nasihat perdana menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-raja.

“Kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Madinah atas segala khidmat bakti beliau sepanjang tempoh memegang jawatan ketua audit negara, khususnya dalam usaha-usaha mentransformasi dan menstrukturkan semula sistem pengauditan serta mengukuhkan sistem pengurusan kewangan.”

Nik Azman berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi Gunaan dari Universiti Malaya dan Sarjana Ekonomi dari Universiti Nebraska di Amerika Syarikat mempunyai pengalaman luas dalam bidang ekonomi dan kewangan.

Beliau dilantik sebagai ketua setiausaha Kementerian Hal Ehwal Ekonomi berkuat kuasa 1 September tahun lalu.

Beliau juga pernah berkhidmat di Unit Perancang Ekonomi, Bank Dunia di Washington, Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri.

Tags: Ketua Audit NegaraNik Azman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengurusan Projek ECER Dapat Teguran Ketua Audit Negara

Pengurusan Projek ECER Dapat Teguran Ketua Audit Negara

04/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Kelemahan dalam pengurusan projek Sungai Nadi Kehidupan antara satu daripada tiga isu signifikan dibangkitkan dalam Laporan Ketua...

59% Pinjaman Baharu Kerajaan Untuk Bayar Hutang – PAC

14/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Pembentangan Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan tahun 2018 mendedahkan sejumlah 59 peratus pinjaman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd