• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba Kedah Siap Sedia Hadapi Fenomena Musim Panas

oleh Ahmad Albab
23/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Bagi menghadapi fenomena cuaca panas yang dijangka melanda negara Mac depan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah bersiap sedia dari aspek logistik dan keanggotaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Penolong Pengarah Operasinya Nazri Zakaria berkata segala persiapan aset seperti jentera dan tangki air telah dipersiapkan selain memastikan jumlah anggota yang mencukupi bagi menangani jumlah kebakaran yang dijangka meningkat.

“Bagi bulan Feb tahun lepas, pihaknya menerima 1,360 panggilan melibatkan kebakaran ladang, hutan dan belukar manakala Feb tahun ini (1 Feb-22 Feb) sebanyak 401 panggilan diterima.”

“Selain itu, kita juga menghadkan jumlah anggota bercuti dengan 10 peratus sahaja yang dibenarkan dalam satu-satu masa,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Nazri berkata, sebanyak 105 jentera pelbagai jenis seperti ‘fire rescue tender’, ‘water tanker’, ‘hydro sub’ dan lain-lain jentera bersedia untuk digerakkan untuk menangani kebakaran.

Katanya, pemantauan kawasan yang selalu berlaku kebakaran seperti di Pendang dan Jitra juga akan dipertingkatkan selain kawasan-kawasan bendang yang ketika ini merupakan musim membakar jerami.

“Kita memberi perhatian kawasan bendang dan menasihatkan orang ramai terutamanya petani supaya membuat pembakaran pada sebelah malam kerana pada waktu siang ditambah dengan cuaca panas bimbang api sukar dikawal,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bomba
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd