• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Che Ta Mahu Saman Malu Bekas Pemandu

oleh
07/03/2019
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKIBAT difitnah tidak membayar gaji bekas pemandunya sebanyak RM2,000, pelakon Rozita Che Wan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu itu.

Tindakan tersebut diambil Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta selepas bekas pemandunya, Muhammad Riduan, 21, menularkan isu pelakon popular itu tidak membayar gajinya dalam laman sosial Facebook semalam.

“Saya terpaksa mengambil tindakan tegas kerana dia (Muhammad Riduan) telah mengadakan cerita tidak benar, sekali gus jatuh fitnah dan memalukan.

“Saya telah berhubung dengan peguam untuk mengambil tindakan saman malu dan memintanya membuat permohonan maaf secara terbuka,” kata Che Ta kepada Kosmo! Online sebentar tadi.

Jelas Che Ta, dia tidak pernah berniat untuk tidak membayar gaji bekas pemandunya, sebaliknya kelewatan berlaku disebabkan sering tiada di pejabat.

“Bekas pemandu saya hanya bekerja selama dua bulan. Bulan pertama gaji dibayar seperti biasa, bagaimanapun untuk bulan Februari saya terlewat bayar kerana tiada di pejabat.

“Dia hanya bekerja selama 16 hari pada bulan lepas, tetapi saya tetap membayar penuh gajinya. Tambahan pula dia pernah melakukan kesalahan berbahaya antaranya terlelap ketika memandu,” ujarnya.

Dedah Che Ta lagi, bekas pemandunya telah memberitahu untuk berhenti kerja dan tarikh akhirnya bekerja adalah pada 23 Februari lalu.

Selama menggunakan khidmat pemandu peribadi, Che Ta tidak pernah berhadapan dengan isu sebegini.

“Sebelum ini pernah ada pemandu peribadi yang bekerja selama 10 tahun dengan saya.

“Saya tidak sangka kejadian seperti ini akan berlaku. Sebelum diambil bekerja, dia sudah bersetuju untuk bekerja dalam tempoh jam yang panjang,” katanya. – K! ONLINE

Tags: Rozita Che WanSaman Malu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Che Ta Menyesal Lambat Pakai Tudung

30/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Ketika ramai rakan artis lain kembali membuka hijab dengan pelbagai alasan, nampaknya pelakon dan pengacara Che Ta...

Permohonan Maaf Sehingga Jam 6 Petang, Kata Che Ta

15/03/2019
0

PELAKON, Rozita Che Wan atau Che Ta membuat sidang media berhubung bekas pemandu peribadi, Muhamad Riduan untuk permohonan maaf secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd