• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lim Guan Eng Tak Layak Membarisi Kabinet Kerajaan

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

1. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia amat dukacita dan marah dengan kenyataan Lim Guan Eng semalam, selaku Menteri Kabinet Kerajaan Persekutuan. Berdasarkan laporan portal berita Malaysiakini, Lim Guan Eng menggunakan perkataan “perang” kepada bukan Melayu apabila diminta mengulas mengenai kerjasama politik PAS dan UMNO. Setelah dikritik hebat, beliau menukar kepada perkataan “sasaran” kepada bukan Melayu.

2. Istilah “perang” atau “sasaran” adalah satu perkataan yang amat keras dan berbaur hasutan apabila digunakan merujuk kepada golongan bukan Melayu. Istilah yang digunakan menunjukkan betapa dangkal dan ceteknya fahaman politik beliau. Kenyataan daripada beliau selaku Setiausaha Agung DAP menunjukkan idea chauvisnisme yang menebal di kalangan pimpinan DAP. Kenyataan daripada beliau selaku Menteri Kerajaan Persekutuan pula menunjukkan beliau tidak matang dan tidak sensitif isu rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia berpandangan Lim Guan Eng tidak layak menganggotai Kabinet Kerajaan Persekutuan dengan mentaliti sebegini.

3. Sewajibnya, Lim Guan Eng meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, Melayu dan bukan Melayu, bukan hanya menukar perkataan “perang” kepada “sasaran”. Di saat keadaan sebegini berlaku, Menteri Perpaduan juga diam membisu. Adakah kerana Menteri-Menteri daripada Pakatan Harapan gentar untuk menegur bos mereka yang sebenar, iaitu DAP.

4. Kerjasama antara UMNO dan PAS tidak menyalahi mana-mana undang-undang negara dan Perlembagaan Persekutuan. UMNO bersama MIC dan MCA di dalam Barisan Nasional. PAS pula mempunyai dewan himpunan penyokong bukan melayu di dalam parti mereka dan bersama IKATAN yang mempunyai keahlian pelbagai kaum dan bangsa di dalam Gagasan Sejahtera. Amat tidak logik dan cetek pemikiran untuk DAP mengeluarkan kenyataan “perang” kepada bukan Melayu.

5. Rakyat tanpa mengira kaum menuntut permohonan maaf daripada Lim Guan Eng. Kita tidak mahu insiden tidak harmoni berulang, seperti apa yang berlaku kepada Allahyarham Adib dek keceluparan mulut hingga menyebabkan rakyat bergaduh sesama sendiri. Ini tanah Malaysia yang patut kita jaga. Rakyat mahu hidup dengan aman dan sejahtera.

Demi Bangsa Malaysia!

Shahir Adnan
Ketua Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia,
Timbalan Ketua Pemuda Gagasan Sejahtera

Tags: DAPLim Guan EngPASUMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

03/10/2026
0

MELAKA - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong memberi jaminan dasar kawasan bebas kenderaan atau Car Free Zone (CFZ) di...

PAS Tolak Perjuangan PH Didominasi DAP

PAS Tolak Perjuangan PH Didominasi DAP

01/10/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menolak perjuangan Pakatan Harapan (PH) didominasi DAP kerana didakwa berpegang kepada prinsip sekular iaitu memisahkan politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd