• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Kampung Fucking’ Jadi Tarikan Pelancong Di Austria

oleh
07/03/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DENGAR sahaja nama kampung ini mungkin akan membuat ramai yang berfikir berulang kali untuk menyebutnya atau tertanya sama ada betul ke bandar ini wujud atau sekadar rekaan semata-mata.

Namun percayalah ia memang wujud di Austria dan dikenali sebagai kampung Fucking.

Kampung Fucking hanya terletak 4km dari sempadan Jerman.

Kampung yang hanya mempunyai 104 orang penduduk dan 32 rumah, dinamakan sempena nama seorang bangsawan tempatan bernama Focko pada abad ke-11.

Penduduk tempatan di kampung itu, sebelum ini tidak pernah menyedari makna nama kampung mereka yang membawa maksud agak teruk dalam bahasa Inggeris.

Dan disebabkan keunikan nama kampung tersebut membuatkan kehadiran pelancong semakin meningkat saban hari hanya untuk bergambar dengan papan tanda tertera nama ‘kampung Fucking’ itu.

Menurut pengurus sebuah rumah tamu, Augustina Lindlbauer kampung Fucking mempunyai banyak tarikan untuk dikunjungi seperti tasik, hutan simpan dan pemandangan namun pelancong hanya ‘obses dengan papan tanda Fucking’.

Augustina juga berkongsi pengalaman bagaimana dia perlu menjelaskan kepada pelancong wanita Inggeris bahawa ‘poskad Fucking’ tidak dijual di kampung tersebut.

Kehidupan di kampung Fucking ini agak tenang dan satu-satunya jenayah yang dilaporkan ialah apabila pelancong mencuri papan tanda nama kampung tersebut.

Dan untuk menggantikan papan tanda tersebut menelan kos sehingga 300 Euro dan ia terpaksa ditanggung oleh penduduk tempatan melalui cukai yang dibayar.

Keadaan ini menyebabkan penduduk kampung Fucking bercadang untuk menukar nama kampung tersebut melalui undian.

Bagaimanapun Datuk Bandar memilih untuk terus mengekalkan nama kampung Fucking memandangkan ia wujud sejak 800 tahun lalu. – Agensi

Tags: austriakampung fucking
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Malaysia Terkandas Di Vienna Selamat Tiba

20/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Seramai 11 rakyat Malaysia yang dilaporkan terkandas di Vienna, Austria, disebabkan larangan perjalanan susulan penularan wabak COVID-19,...

Erdogan Kecam Austria Tutup Masjid, Usir Imam

10/06/2018
0

TINDAKAN kerajaan Austria mahu menutup masjid dan mengusir imam yang dibiayai Turki di Austria menyebabkan Presiden Recep Tayyip Erdogan tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd